Rawat Masalah Keputihan Anda Dengan Ubat Tradisional

Masalah keputihan dan kitaran haid tidak teratur boleh dirawat dengan ubat tradisonal dan pemakanan yang seimbang. 

Mereka seringkali berhadapan dengan masalah ini dan kadangkala bertukar menjadi sakit yang serius jika tidak dirawat. 

Keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual.

Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit ini malah menganggap ia sebagai satu petanda lazim sebelum datang haid.

Kitaran haid yang tidak teratur juga adalah merupakan satu masalah yang harus diubati. 

Haid yang tidak teratur menandakan hormon anda tidak normal. 

Jika anda menghadapi salah satu daripada masalah ini atau kedua-duanya, berjumpalah doktor sakit puan untuk rawatan lanjut. 

Ubat tradisional juga mampu merawat masalah ini daripada dalam. Penjagaan dalaman wanita yang baik akan menjadikan anda bebas daripada masalah ini.

Apa Itu Keputihan?

keputihan wanita

Lelehan lendir berlebihan yang keluar daripada pangkal rahim ini merupakan bakteria normal dari faraj, sisa buangan dari rahim dan faraj, serta sel-sel yang telah mati dari dinding faraj.

Keputihan ternyata bertindak sebagai ‘pencuci’ semula jadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini demi melindungi faraj daripada jangkitan dan iritasi.

Tambahan lagi, ia mengimbangkan pH dan bakteria semulajadi  di sekeliling faraj wanita.

Jikalau pH faraj menjadi tidak seimbang, maka mudahlah bakteria atau kulat menjangkiti faraj, yang menyebabkan pertukaran warna, ketulan dan bau busuk.

Mari fahami penjelasan mengenai cairan faraj saat kitaran menstruasi:

  • Hari 1-5: Ketika haid, keputihan yang muncul adalah sangat sedikit.
  • Hari 6-8: Jumlah hormon estrogen di dalam tubuh menurun, lantas keputihan menjadi lebih kental, berwarna putih, dan disertai sedikit sisa darah haid.
  • Hari 13-14: Ovulasi atau masa subur. Keputihan pada wanita pada saat ini ibarat putih telur kerana kelihatan jernih, licin, dan melekit. Hal ini untuk bantu memudahkan sperma bertemu dengan ovum.
  • Hari 15-28: Hormon progesteron pula meningkat. Keputihan kembali menjadi kental dan semakin lama semakin berkurangan.

Jenis Keputihan Wanita

pantiliner keputihan wanita

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. 

Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. 

Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitaran haid). 

Lelehan lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. 

Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. 

Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. 

Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. 

Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawat.

6 Cara Merawat Masalah Keputihan

Kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Pentingnya mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai masalah keputihan dan cara-cara menghindarinya agar gaya hidup sihat dan selamat dapat diamalkan, terutamanya ketika bulan Ramadan.

Apabila semua masalah ini dapat diatasi, senanglah untuk anda bergerak dan melakukan ibadah dengan selesa semasa bulan Ramadan.

Berikut adalah cara yang boleh merawat masalah keputihan dan disarankan untuk menjadi amalan semua wanita:

1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

Kebersihan bahagian intim wanita merupakan faktor terbesar penyebab masalah keputihan daripada terjadi. 

Selepas membuang air kecil atau besar, basuh bahagian faraj dengan air yang bersih dan pastikan bahagian tersebut sentiasa kering. 

Harus diingat, persekitaran lembab merangsang jangkitan kulat untuk terjadi.

2. Elakkan pakai  seluar dalam selain fabrik kapas

Walaupun terdapat banyak jenis bentuk rekaan seluar dalam yang menggunakan fabrik nilon, asetat, atau serat, fabrik kapas adalah lebih bagus dari fabrik-fabrik lain.

Kenapa? Vulva di bahagian luar faraj merupakan kawasan yang sangat sensitif dan halus. Oleh sebab itu, kawasan itu memerlukan seluar dalam fabrik lembut seperti kapas.

Selain itu, ia juga membuatkan faraj anda dapat bernafas dan menyerap peluh, seterusnya membantu mencegah keputihan.

3. Kerap menukar tuala wanita

pantiliner keputihan wanita

Semasa tempoh menstruasi (haid), anda haruslah kerap menukar tuala wanita terutama apabila pengeluaran darah haid terlalu banyak.

Memakai tuala wanita dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kegatalan dan tidak selesa di bahagian faraj.

4. Kurangkan pengambilan gula

kurangkan pengambilan gula

Bagi wanita yang  menghidapi penyakit kencing manis, mereka lebih mudah mendapat keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj. Ianya boleh menyebabkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.

5. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner)

Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner)  pada saat yang diperlukan sahaja. 

Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin. Sebaiknya, pakailah seluar dalam daripada material cotton untuk lebih selesa.

6. Pengambilan Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara asli kapsul

Pengambilan ubatan tradisional juga ternyata mampu membantu merawat masalah keputihan dan dalam wanita.

Jamu Mak Dara Asli dalam bentuk kapsul mampu meningkatkan tenaga, menyuburkan rahim memperbaiki sistem kitaran haid dan membakar lemak berlebihan.

Alang-alang musim Ramadan bakal menjelang, apa kata anda dapatkan kapsul ini?

Dengan adanya kapsul ini, anda tidak perlu risau mengenai masalah keputihan sebelum anda melakukan solat terawih. 

Selain itu, anda juga boleh mengurangkan perasaan was-was mengenai kebersihan apabila masalah keputihan ini semakin berkurangan. 

Kesimpulannya

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. 

Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. 

Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. 

Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. 

Mikroorganisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. 

Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. 

Namun sekiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. 

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. 

Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. 

Amalkan kapsul Jamu Mak Dara Asli untuk merawat bahagian dalaman wanita. 

Adalah penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat luaran dan dalaman dan bebas daripada sebarang penyakit. 

Jom bebas dari keputihan dengan klik link di bawah. Dapatkan harga promo ramadan jimat RM5 sekarang! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top