Set Berpantang 8 in 1: Kegunaan dan Manfaat Untuk Ibu Baru

set berpantang

Set berpantang 8 in 1 adalah “Set Bersalin Ibu Halimah” di mana ianya adalah ramuan turun temurun yang kini digunakan untuk kebaikan kesihatan ibu bersalin.

Ia merangkumi pelbagai produk berkesan yang memberi manfaat dalam merawat diri dan menjaga kesihatan ibu baru.

Ingat, bukan senang nak pulihkan diri dengan selesa dan sihat selepas pengalaman bersalin yang mencabar.

Produk yang direka khas ini semestinya membantu ibu baru dalam proses pemulihan selepas bersalin dan berpantang.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang kegunaan dan manfaat set berpantang 8 in 1 ini.

Set Bersalin Ibu Halimah

“Set Bersalin Ibu Halimah” daripada Jamu Mak Dara ini merangkumi pelbagai produk berkesan yang memberi manfaat dalam proses berpantang.

Berikut adalah senarai 8 produk dalam set berpantang, kegunaan dan manfaat setiap produk tersebut.

1. Jamu Mak Dara Asli Kapsul (2 Botol)

set berpantang

Jamu Mak Dara Asli Kapsul adalah suplemen nutrisi yang dapat mengatasi masalah dalam wanita.

Penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman wanita sangat penting bagi mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Manfaat:

  • Meningkatkan tenaga dan mengekalkan kulit berseri.
  • Memperbaiki kitaran haid dan menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
  • Seimbangkan hormon dan banyakkan pengeluaran susu ibu menyusu.

Kegunaan:

  • Tiada sebarang sekatan untuk penggunaan tetapi tidak sesuai untuk wanita hamil.
  • Pengambilan 2 kapsul sebelum sarapan dan sebelum makan malam, perlu menggandakan pengambilan air masak.

2. Tungku Kukus Berherba

tungku bersalin

Tungku Kukus Berherba diperbuat daripada herba dan rempah ratus menjadikan ianya adalah bahan pemulih semulajadi.

Kehangatan dari batu tungku yang membuka liang roma memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus yang diperlukan oleh tubuh.

Manfaat:

  • Memudahkan ibu baru dalam proses berurut dan merawat kesegaran badan.
  • Melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada tubuh.
  • Menyegarkan perut rahim di bawah lapisan kulit.

Kegunaan:

  • Batu tungku boleh dikukus dan distimkan dalam 15 minit.
  • Tekap batu tungku atas perut ibu dan biarkan airnya meresap ke dalam kulit.

3. Pilis Ibu

set berpantang

Selepas bersalin, badan ibu masih dalam keadaan yang lemah dan banyak menggunakan tenaga di bahagian dahi dan kepala.

Lebih-lebih lagi ibu yang bersalin normal dan menggunakan banyak tenaga semasa proses meneran.

Pilis yang merupakan rawatan tradisional sejak dulu berasaskan tepung beras dan dicampur dengan ramuan herba dibuat khusus untuk ibu berpantang.

Manfaat:

  • Meredakan sakit kepala yang dialami oleh ibu yang sedang berpantang.
  • Memberikan rasa ketenangan dan mengurangkan rasa penat.

Kegunaan:

  • Serbuk pilis perlu digaul dengan sedikit air panas supaya menjadi pes pekat.
  • Sapukan pes pada dahi setiap pagi selepas mandi.

4. Lulur Kopi

set berpantang

Lulur Kopi Jamu Mak Dara mempunyai aroma kopi Arabica yang mampu memberikan kesegaran pada tubuh.

Manfaat:

  • Membantu mengangkat sel kulit mati dan merangsang regenerasi kulit.
  • Memberi ketenangan dan kesegaran kepada tubuh.
  • Membantu mencegah dan mengurangkan masalah selulit.

Kegunaan:

  • Lulur kopi perlu dicampurkan dengan sedikit air.
  • Setelah sapu pada seluruh badan, biarkan lulur kopi seketika agar aroma kopi menyerap ke seluruh tubuh dan kulit terasa halus.

5. Bauan Herba

set berpantang

Bauan herba Mak Dara adalah produk berasaskan aromaterapi.

Rahsia aroma sebenarnya adalah bau-bauan bunga dan rempah ratus tertentu yang boleh memberi elemen terapeutik selain merangsang mood tertentu.

Manfaat:

  • Mengatasi masalah selsema, bersin pada waktu pagi, gatal-gatal tersumbat.
  • Membantu meredakan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi.
  • Membantu mengatasi pening atau mabuk laut.

Kegunaan:

  • Sesuai juga untuk individu yang mempunyai alahan mengandung.
  • Hidu bauan herba ini setiap kali merasa pening atau mempunyai masalah hidung tidak selesa.

6. Feminine Wash

set berpantang

Feminine Wash atau pencuci wanita memberikan keselesaan yang bersih, tahan lama, dan rasa segar sepanjang hari.

Produk ini sepenuhnya bebas bahan kimia seperti SLES dan Paraben, dan selamat digunakan untuk mencuci bahagian intim wanita.

Manfaat:

  • Menjaga kebersihan dan kesihatan bahagian sulit wanita selepas bersalin.
  • Mengurangkan masalah keputihan dan kegatalan.
  • Membasmi kuman dan bakteria dan membantu mengelakkan bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim.

Kegunaan:

  • Penggunaan pencuci wanita hanya untuk luaran sahaja.

7. Rempah Mandi

set berpantang

Herba sering dikaitkan dengan wanita, namun tetapi, rempah mandi atau herbal bath ini juga sesuai untuk lelaki, dan bukan hanya kepada ibu berpantang.

Ini kerana, rempah mandi Jamu Mak Dara mengandungi herba yang berkualiti tinggi yang memberi banyak manfaat untuk kegunaan harian.

Manfaat:

  • Membantu membersihkan kulit dengan lembut dan mengurangkan bau badan.
  • Meningkatkan kesegaran dan menenangkan badan.
  • Mengembalikan tenaga semula.

Kegunaan:

  • Rempah mandi perlu direbus dan dibancuh dengan air panas/suam.
  • Sesuai kepada individu yang minat untuk bersauna.
  • Boleh digunakan berulang kali sehingga aroma herbanya hilang.

8. Losyen Susut

losyen panas

Losyen Susut atau Slimming Lotion sangat popular dalam kalangan ibu hamil dan selepas bersalin.

Hal ini kerana, mereka ingin mendapatkan urutan badan yang ringan dan menyegarkan.

Malah, dengan losyen susut memberikan banyak manfaat kepada ibu berpantang yang ingin mengekalkan bentuk badan yang diingini.

Manfaat:

  • Membantu mengetatkan kulit dan mengurangkan penampilan stretch mark.
  • Menghilangkan kesan kulit yang rosak pada badan dan menjadikan lebih berseri
  • Membantu memanaskan badan dan menyegarkan badan.

Kegunaan:

  • Boleh sapu pada seluruh badan terutama pada perut, peha, lengan, dan belakang.
  • Boleh digunakan untuk mengurut.
  • Kegunaan luar sahaja dan jangan sapu pada kulit yang mengalami iritasi.

Set berpantang 8 in 1 adalah satu pilihan yang bijak untuk ibu baru kerana ia merangkumi pelbagai produk yang memenuhi keperluan semasa berpantang.

Dengan menggunakan set ini, ibu baru dapat menggalakkan pemulihan badan, menjaga kesihatan, dan merawat diri dengan lebih berkesan selepas bersalin.

Jadi, ibu-ibu yang mencari set berpantang lengkap dengan 8 produk ini boleh melayari laman web jamumakdara.com.my untuk info lanjut.

Namun, bagi ibu baru yang sangat memerlukan set 8 in 1 ini bagi merawat kesihatan diri, anda boleh klik butang di bawah.

Jangan lepaskan peluang yang ada! Demi kesihatan diri dan keluarga tidak salah untuk melabur lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top