Ibu Mengandung Perlu Buat Persediaan Awal Bersalin! Ini Kelebihannya

ibu mengandung

Ibu mengandung, dalam kegembiraan menantikan cahaya mata dilahirkan, perlu membuat persediaan awal sebelum bersalin.

Banyak kelebihan penyediaan awal dan boleh membuat perbezaan yang ketara dari segi pengalaman bersalin anda nanti.

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda dalam menyenaraikan barang penting ibu mengandung dan bayi sebelum bersalin.

Senarai Barang Persiapan Awal Untuk Bersalin

1. Pad Bersalin

persediaan bersalin
sumber: Google

Pad bersalin membantu untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor.

Jadi, masukkan pada bersalin ini dalam ‘list’ persiapan awal sebelum bersalin dalam beg anda.

Pilih saiz yang sesuai dan sediakan dalam beberapa keping untuk jangkaan kegunaan sehingga darah sudah kering.

2. Senarai Ubat Yang Dimakan

Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai ibu dan kandungan, ini termasuk senarai ubat yang anda sedang makan.

Jika anda sukar mengingati nama-nama ubat anda disarankan untuk senaraikan supaya senang untuk anda tunjuk sahaja kepada doktor.

3. Barang Keperluan Ibu dan Bayi

ibu mengandung

Walau pihak hospital sudah sediakan baju salin dan kain, sebaiknya anda bawa baju dan kain batik dari rumah sebagai persediaan.

Jika tak digunakan semasa di hospital, anda boleh guna selepas bersalin.

Persediaan bayi seperti kain napkin dan pakaian lengkap bayi juga lebih elok untuk disediakan lebih awal, lebih spesifik selepas mengetahui jantina bayi supaya pembelian barangan lebih tepat.

4. Cardigan/ Sweater

Suhu di hospital boleh menjadi sejuk yang boleh buatkan orang tidak senang duduk dan menggigil, dan ibu mengandung tidak terkecuali.

Bawa sekurang-kurangnya satu sweater atau cardigan tebal untuk dipakai, terutamanya ketika waktu malam dan waktu tidur.

5. Nursing Bra

persediaan bersalin

Nursing Bra perlu dipakai oleh ibu mengandung kerana fungsi yang membantu ibu menyusu bayi.

Bahagian depan bra yang boleh dibuka menyenangkan ibu untuk menyusu, lebih-lebih lagi di hospital.

6. Seluar Dalam Pakai Buang

Seluar dalam pakai buang ini sangatlah membantu, lebih-lebih lagi jika anda tiada akses untuk membasuh dan menjemur di ruangan terbuka.

Ini kerana selepas memakai seluar dalam pakai buang, tidak perlu dibasuh, hanya tinggal buang sahaja.

7. Barang Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, kita tidak lari dalam budaya berpantang.

Ada yang berpantang selama 40 hari dan ada yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari.

Ini untuk memastikan luka bersalin sembuh sepenuhnya. Tapi, tak semua boleh menyediakan bahan-bahan berpantang sendiri.

Jadi, dapatkan sahaja set berpantang seperti Set Bersalin Ibu Halimah ni.

Lengkap dengan keperluan ibu bersalin ketika berpantang, Set Bersalin ini sesuai untuk ibu yang tiada masa untuk menyiapkan barangan berpantang dalam masa singkat.

Baca Juga; Nak Beli Set Bersalin Untuk Isteri? Ada 7 Perkara Suami Perlu Tahu

Persediaan Diri Sebelum Bersalin

ibu mengandung

1. Kekalkan Diet Yang Sihat

Mengekalkan atau Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat penting kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Nutrisi yang mencukupi dalam badan memboleh bakal ibu lebih bersedia untuk menghadapi proses bersalin.

Ini juga baik untuk tumbesaran bayi dalam perut dan mengelakkan bayi dari komplikasi kesihatan yang serius ketika dalam kandungan.

2. Latih Teknik Pernafasan Betul

ibu mengandung

Mempelajari teknik pernafasan yang betul membantu ibu mengandung menguruskan kesakitan dan stress ketika bersalin.

Teknik seperti teknik deep breathing, visualisasi dan meditasi membantu di saat menunggu kelahiran bayi di katil hospital nanti.

Kelebihan Bersedia Sebelum Bersalin

ibu mengandung

1. Tidak Tergopoh-Gapah Dalam Waktu Singkat

Dengan gaya kehidupan yang sentiasa sibuk, lebih baik jika membuat persiapan awal.

Walau due date atau tarikh bersalin sudah diberitahu oleh doktor, tidak semestinya bayi akan keluar pada hari tersebut.

Bayi boleh keluar bila-bila masa sahaja, dan mungkin pada ketika ia sudah sampai masanya, sudah tentu banyak barang keperluan bersalin tidak sempat disediakan.

2. Mengurangkan Rasa Berdebar

Selain tidak kelam-kabut, kelebihan utama dalam membuat persediaan awal sebelum bersalin ini mengurangkan rasa berdebar.

Penantian boleh menjadi suatu perkara yang menakutkan, dan ini sering terjadi kepada ibu yang menunggu cahaya mata pertama.

Dengan membuat persediaan awal lah, bakal ibu boleh merasa lebih “secure” atau lebih berfikiran positif yang bermanfaat kepada mental dan fizikal.

3. Lebih Berpengetahuan Tentang Proses Bersalin

Persediaan awal memberikan banyak kelebihan kepada bakal ibu, terutamanya pengetahuan mengenai proses bersalin.

Pemahaman mengenai proses bersalin seperti peringkat bersalin, cara bagaimana untuk mengawal sakit bersalin dan kemungkinan komplikasi kesihatan sedikit sebanyak membantu bakal ibu.

Apabila bakal ibu berpengetahuan, anda boleh membuat keputusan yang terbaik untuk keadaan anda semasa bersalin nanti.

Kesimpulannya, persediaan awal penting dalam aspek kesihatan dan pengalaman bersalin yang lebih baik.

Ini akan mengurangkan rasa berdebar, memberikan keyakinan kepada bakal ibu melalui pengetahuan am, dan tidak tergopoh gapah jika proses bersalin datang secara tiba-tiba.

Persediaan seperti barangan kelengkapan ibu dan bayi juga tidak terkecuali.

Penjagaan selepas bersalin ialah termasuk melalui proses berpantang. Ini untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan wanita.

Tak perlu bersusah-payah untuk menyediakan sendiri, Set Berpantang Ibu Halimah adalah ramuan turun-temurun yang kini dikongsi bersama umum untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu bersalin.


set bersalin

Dalam set ini anda boleh mendapati 8 barang seperti:

  • Jamu Mak Dara Asli Kapsul (2 Botol)

Selepas bersalin, rahim mengambil masa yang lama untuk kembali seperti asal.

Dengan mengamalkan Asli Kapsul 2 biji sebelum sarapan dan 2 biji sebelum makan malam, anda boleh menyubur kembali rahim dan:

  • membakar lemak berlebihan selepas bersalin
  • membuang angin
  • mengurangkan masalah lemah tubuh badan selepas bersalin
  • Losyen Susut Ibu Halimah

Losyen Susut membantu membakar lemak yang tidak diingini selepas kelahiran cahaya mata.

Diperbuat dari bahan-bahan terpilih, urutan ringan bersama losyen di bahagian badan seperti lengan, peha dan perut membantu mengembalikan bentuk badan seperti anak dara.

  • Pilis Ibu Halimah

Pilis Ibu Halimah adalah seperti pilis tradisional, tetapi dalam bentuk sedia dipakai selepas bersalin.

Pemakaian pilis di dahi boleh:

  • Meredakan sakit kepala yang dialami ibu berpantang
  • Menyegarkan fikiran
  • Memberikan rasa ketenangan
  • Mengurangkan rasa letih/mengantuk
  • Rempah Mandi

Kembalikan tenaga selepas semalaman berjaga untuk menyusu bayi anda dengan Rempah Mandi Ibu Halimah.

Khasiat lain:

  • Membuang angin dalam badan
  • Menghilangkan daki di badan
  • Menyegarkan badan
  • Bauan Herba

Bauan Herba ini dijadikan aromaterapi untuk mengatasi selsema, bersin, gatal hidung dan pening ketika perjalanan jauh.

  • Tungku Kukus Berherba

Redakan sengal-sengal dan sakit badan selepas bersalin dan segarkan rahim dengan Tungku Herba ini.

  • Feminine Wash

Miss V adalah mahkota terpenting wanita. Luka selepas bersalin mengambil masa untuk sembuh dan senang mendapat jangkitan jika tak dijaga dengan baik.

Pencuci Wanita dalam set ini boleh membasmi bakteria yang melambatkan proses penyembuhan Miss V.

  • Lulur Kopi Ibu Halimah

Kopi terkenal dengan antioksidan yang baik untuk kulit.

Manjakan kulit anda dan rasai kulit lebih mulus serta lembut selepas sekali pemakaian sahaja dengan Lulur Kopi Ibu Halimah.

Ramai Ibu yang sudah berpuas hati dengan Set Berpantang Ibu Halimah ini.

jamu mak dara

Sekarang adalah giliran anda untuk membuat pilihan terbaik untuk diri anda selepas bersalin.

Pilih Set Berpantang Ibu Halimah hari ini untuk mendapatkan proses berpantang yang mudah dan badan lebih cergas dan sihat.

Klik butang dibawah untuk membuat pembelian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top