Kegatalan & Bau Busuk Tiada Lagi, Raya Lebih Segar Dengan Feminine Wash Jamu Mak Dara

masalah keputihan wanita

Jangan biarkan miss V anda berbau, semestinya anda tidak mahu badan berbau disebabkan oleh miss V anda. Sebab  itu feminine wash adalah penyelamat mudah anda!

Menjadi wanita haruslah banyak aspek yang ingin dijaga agar kelihatan yakin dan tampil menawan di hari yang mulia nanti. 

Namun, jangan dilupakan aspek kebersihan dalaman! Bukan hanya luaran sahaja yang dijaga.

Apabila menyentuh soal kebersihan diri, sangat penting untuk setiap wanita menitikberatkan aspek ini terutamanya di kawasan miss V kerana ia dianggap mahkota peribadi wanita.

Mungkin ramai wanita seringkali memandang remeh mengenai penjagaan miss V ni. Bagi mereka, mencuci menggunakan sabun sudah memadai. 

Ini Sebab Perlu Pakai Feminine Wash

feminine wash

Tahukan anda, Miss V yang sihat bergantung kepada keseimbangan Ph, bakteria yang sihat dan kandungan glikogen epitelium. 

Jika sekiranya salah satu faktor tersebut tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah termasuklah mengalami kegatalan dan bau busuk di bahagian tersebut.

Jadi sangat penting untuk anda menggunakan produk khas untuk penjagaan Miss V daripada sebarang bakteria dan ketidakselesaan. 

Pembersih wanita keluaran Jamu Mak Dara mungkin sesuai untuk anda.

Berikut adalah sebab terperinci kenapa anda perlukan Intimate Wash Jamu Mak Dara sebagai pembersih intim wanita:

  • Formulasi semula jadi

Hasil gabungan herba semulajadi dalam Intimate Wash Jamu Mak Dara seperti Sireh, Aloe Vera, Manjakani, Serapat dan Kacip Fatimah membantu mengelakkan bau yang tidak diingini dan kegatalan di bahagian intim.

Anda tidak perlu risau akan kandungan kimia yang terlarang dalam produk ini kerana ianya bebas dari SLES dan Paraben dan selamat untuk digunakan.

  • Ph yang seimbang

Bahagian intim wanita adalah bahagian yang sangat sensitif. Sangat penting untuk menjaga keseimbangan Ph Miss V agar tidak terjadi sebarang jangkitan kuman seperti  Jangkitan Saluran Kencing (UTI).

Intimate Wash Jamu Mak Dara dapat membantu mencuci dan mengekalkan kadar Ph yang seimbang.

  • Wangi dan segar sepanjang masa

Pastinya sangat penting untuk anda menggunakan pencuci wanita terutamanya ketika datang haid. Ia mampu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada Miss V.

Bukan sahaja wangi, pencuci ini mampu membersih secara menyeluruh.

  • Mengawal Keputihan

Penggunaan pencuci wanita sangat penting untuk membantu masalah keputihan yang anda alami.

Jika tiada jangkitan kuman pada bahagian tersebut, maka keputihan dapat dikawal kerana bakteria adalah punca masalah tersebut.

Bahan-bahan Perlu Ada Dalam Feminine Wash

Lambakan produk pencuci wanita di pasaran sudah tentu membuatkan anda keliru untuk memilih yang terbaik untuk Miss V anda. 

Di sini terdapat panduan yang perlu anda pastikan pencuci wanita yang anda pilih mempunyai bahan utama ini:

  • Sireh

sireh dalam feminine wash

Sireh atau juga dikenali sebagai betel leaf atau piper betle merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai daun seakan-akan bentuk hati.

Daun sireh sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat masalah kewanitaan.

Salah satu kegunaan sireh yang popular dalam kalangan wanita adalah sebagai pembersih faraj. 

Kebanyakan produk pencuci kewanitaan menggunakan ekstrak daun sireh sebagai bahan utama kerana ianya dipercayai bersifat antiradang dan antibakteria.

  • Serapat

Kayu serapat adalah antara ramuan herba yang turut digunakan dalam perubatan tradisional. 

Kebiasaannya ia digabungkan bersama-sama herba lain seperti kacip fatimah dan lain-lain untuk merawat masalah wanita khususnya.

Sangat berkesan untuk memperbaiki dan menegangkan tisu faraj, membantu menegangkan payudara, membantu memulihkan luka dan menambah tenaga.

Tidak lupa juga akar serapat sangat elok untuk membuang toksin dalam badan dan banyak lagi khasiat daripada kayu ini.

  • Kacip fatimah

Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau ‘jamu’ untuk penjagaan tubuh khususnya selepas bersalin.

Antara khasiat kacip fatimah kepada wanita adalah membantu menguatkan sistem pembiakan wanita dan digunakan untuk mengetatkan faraj.

Kacip fatimah juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi membantu merangsang tindak balas sistem imun di dalam badan. 

Apabila sistem imun dipertingkatkan, maka segala penyakit dapat dihindarkan. 

Ianya juga berfungsi sebagai anti radang yang menyebabkan tumor dan membunuh sel-sel tumor. Ia juga dapat menghalang jangkitan dan membunuh bakteria faraj.

feminine wash

Kesimpulannya, Intimate Wash daripada Jamu Mak Dara adalah pencuci bahagian intim wanita terbaik di Malaysia.

Kesemua bahan-bahan terbaik untuk merawat kegatalan, keputihan dan bau tidak menyenangkan miss V seperti Kacip Fatimah, Serapat dan Sireh ada dalam Feminine Wash Jamu Mak Dara.

Di sebalik penampilan di hari raya nanti yang anggun, jangan dirosakkan dengan bau-bauan busuk yang datang daripada miss V anda.

Dengan Feminine Wash Jamu Mak Dara ni, confirm raya nanti tak perlu risau bau yang tidak diingini. Bebas untuk beraya tanpa takut.

Segar dan tak gatal di pagi raya dengan Feminine Wash Jamu Mak Dara!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top