Selulit: Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Musuh Kecantikan Ini

selulit

Selulit sering dianggap sebagai musuh kecantikan yang mengganggu, terutamanya dalam kalangan wanita.

Selulit sering dikaitkan dengan wanita kerana lapisan kulit pada tubuh wanita sangat sensitif.

Berbanding dengan lelaki, ia jarang berlaku kerana sel lemak pada kulit mereka lebih jauh daripada lapisan atas kulit.

Namun, ia adalah masalah yang biasa, dan ramai individu mencari cara untuk menghilangkan selulit ini.

Di sini, kita akan meneroka apa yang perlu anda ketahui tentang selulit, faktor dan rawatan yang membantu mengurangkan selulit pada kulit.

Apa itu Selulit?

selulit

Pasti anda sentiasa dengar ramai yang sebut tentang selulit atau “stretch mark”, tetapi apa sebenarnya selulit ini?

Adakah ia penyakit yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada kita?

Tahukah anda, sebenarnya selulit ialah penampilan kulit yang tidak sekata, dengan garis atau corak yang kelihatan seperti tanda regangan.

Ia biasanya berlaku di kawasan seperti peha, pinggul, perut, dan bahagian belakang atas lengan.

Ia juga sebenarnya lebih daripada sekadar masalah berat badan dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa mengira berat badan.

Selain itu, garisan seperti ini terbentuk apabila lapisan lemak di bawah kulit menolak dan meregangkan lapisan kolagen, yang biasanya menghubungkan kulit dengan otot.

Ini mewujudkan rongga kecil yang menyebabkan kulit kelihatan tidak sekata.

Faktor Penyebab Selulit

Selulit merupakan masalah kulit yang umum yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Ayuh kita meneliti dan memahami faktor-faktor penyebab kepada berlakunya masalah kulit ini.

1. Genetik

Faktor genetik atau individu yang mempunyai riwayat keluarga memiliki selulit, lebih cenderung untuk turut mempunyai masalah yang sama.

Sebagai contoh, jika ibu atau nenek anda mengalami selulit, anda mungkin juga berisiko mengalaminya.

Ini kerana, genetik dan etnis seseorang menentukan kadar metabolisme dan distribusi lemak.

2. Perubahan Hormon

stretch mark

Perubahan hormon semasa kehamilan atau semasa mengambil pil perancang, boleh meningkatkan risiko selulit.

Semasa keadaan ini, hormon seperti estrogen, insulin, tiroid, prolaktin, dan noradrenalin berperanan dalam terbentuknya garisan di permukaan kulit.

Sebagai contoh, hormon estrogen pada wanita menguruskan penyimpanan lemak tubuh yang diperlukan selama tempoh kehamilan dan persalinan.

Ini menyebabkan lemak secara alami akan muncul di paha dan pinggul.

3. Diet yang Tidak Sihat

selulit

Individu yang suka mengambil makanan terlalu banyak lemak dan karbohidrat serta sedikit serat seperti sayur-sayuran lebih berisiko mengalami selulit.

Pengambilan makanan yang terlalu tinggi gula dan garam juga boleh menyumbang kepada pembentukan selulit.

Kerana itu, masalah selulit lebih daripada sekadar masalah berat badan jika tidak mengamalkan diet yang sihat.

4. Kurang Aktiviti Fizikal

selulit

Apabila anda kurang melakukan aktiviti fizikal atau senaman, ia boleh menyebabkan kelemahan otot dan peningkatan lemak di bawah kulit.

Lebih-lebih lagi apabila anda duduk atau berdiri pada satu posisi yang sama dalam tempoh waktu yang cukup lama.

Hal seperti ini lah membantu dalam peningkatan lemak dan membawa kepada masalah selulit.

5. Pertambahan Usia

Pertambahan usia juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami masalah selulit.

Hal ini kerana, lapisan kulit akan melemah, menipis, dan lebih mudah meregang seiring dengan bertambahnya usia.

Akhirnya, selulit lebih mudah terbentuk dan terlihat di permukaan kulit seperti di bahagian peha, perut, dan pinggul.

Artikel Berkaitan; Slimming Lotion: Dapatkan Bentuk Badan Idaman Anda!

Rawatan dan Pencegahan Selulit

Jika diperhatikan, penyebab selulit adalah sesuatu yang memang tidak dapat dihindari.

Namun begitu, terdapat beberapa rawatan dan cara pencegahan untuk mengurangkan selulit pada permukaan kulit.

1. Senaman

stretch mark

Senaman yang berkala membantu menguatkan otot, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan selulit.

Beberapa gerakan yang anda boleh cuba lakukan adalah squat, step-up, leg kickback, dan side lunges.

Selain itu, jenis senaman atau olahraga yang membantu membakar lemak antaranya adalah berbasikal, berlari, berenang, dan hiking.

Jika anda sentiasa sibuk dengan pekerjaan, bergeraklah melakukan senaman walau gerakan yang mudah sekalipun.

2. Consume Makanan Sihat

selulit

Makan makanan yang sihat dan seimbang merupakan salah satu cara mencegah selulit.

Antara makanan yang harus anda consume secara seimbang adalah makanan yang tinggi serat, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

Tidak lupa juga, pengambilan protein seperti daging, ayam dan ikan, kerana ia sumber protein terbaik yang tidak perlu dihindari kecuali kulit daging ayam.

3. Penggunaan Krim dan Losyen

Kebiasaannya, krim dan losyen yang mengandungi bahan-bahan seperti retinol, kolagen, atau kafein boleh membantu mengurangkan penampilan selulit.

Namun, anda harus menggunakan dan menyapu losyen tersebut setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

losyen panas

Di Jamu Mak Dara, terdapat satu produk Losyen Susut Mak Dara yang berperanan untuk mengurangkan selulit.

Ia berkesan untuk memanaskan badan, membantu menghaluskan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Dengan adanya Slimming Gel ini, kadar lemak juga dapat dihapuskan dan membantu menghilangkan cecair yang berlebihan.

Secara tidak langsung, kelebihan daripada Losyen Susut Mak Dara ini membantu menghilangkan kesan kulit yang rosak pada badan (selulit).

Kesimpulannya, selulit yang muncul pada permukaan kulit dapat dipudarkan jika anda mengikut cara-cara rawatan di atas setiap hari.

Walaupun sesetengah selulit sukar untuk dihilangkan, dengan Losyen Susut Mak Dara, kesannya adalah yang terbaik.

Nak hilangkan selulit? Mari dapatkan Slimming Lotion terbaik dari Jamu Mak Dara sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top