Manfaat Urutan Badan dengan Losyen Panas

urutan badan

Urutan badan adalah amalan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

Ia membawa pelbagai manfaat terutamanya kepada kesihatan wanita, di mana ia merupakan cara efektif untuk merawat tubuh.

Lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan losyen panas, urutan badan memberi manfaat tambahan kepada badan.

Pada anda yang tidak pernah mencuba untuk mengurut badan dengan losyen panas, anda harus cuba kerana nikmatnya amat menakjubkan.

Dalam artikel ini, kita akan terokai beberapa manfaat urutan badan khususnya wanita mengandung dan selepas bersalin.

Kelebihan Urutan Badan

Dari segi fizikal, urutan badan seolah-olah “service” pada keseluruhan badan anda.

Namun, ia turut memberi kelebihan kepada fikiran dan jiwa anda agar menjadi lebih sihat.

Ayuh kita lihat dengan lebih lanjut kelebihan dan manfaat urutan badan ini apabila digunakan bersama losyen panas.

1. Melancarkan Aliran Darah

urutan badan

Melakukan urutan badan dengan losyen panas dapat membantu mengembangkan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah.

Ini bagi memastikan lebih banyak oksigen dan nutrien dihantar ke tisu otot, menghalang berlakunya kebas dan bengkak pada kaki atau tangan.

Wanita yang mengandung sering mengalami bengkak pada kaki seperti ini.

Jadi, dengan urutan yang betul, ia membantu otot-otot menjadi lebih santai, mengurangkan ketegangan dan tekanan pada kaki kerana aliran darah adalah lancar.

2. Membantu Menghilangkan Sakit-sakit Otot dan Sendi

urutan badan

Penggunaan losyen panas semasa mengurut merangsang reseptor panas pada kulit yang mengganggu reseptor rasa sakit.

Akibatnya, kehangatan yang dirasai mengatasi rasa sakit dan ketidakselesaan pada otot dan sendi.

Selain itu, ia membantu meningkatkan kelonggaran sendi dan meningkatkan pergerakan sendi dengan mudah tanpa rasa sengal-sengal.

3. Membantu Mengeluarkan Angin dalam Badan

Berurut juga membantu mengeluarkan angin dalam badan.

Namun, jika anda tak pandai melakukan urutan sendiri, cari lah orang yang mahir untuk elakkan masalah angin bertambah lebih teruk.

Ini kerana, tukang urut yang mahir mampu membantu menguruskan urat saraf yang bengkak kesan daripada angin.

Tambahan, badan akan menjadi lebih segar dan bertenaga setelah angin dalam badan dapat dikurangkan.

Artikel Berkaitan; Cara Buang Angin Dalam Badan Yang Berkesan

4. Meningkatkan Kualiti Tidur

urutan badan

Untuk anda yang mempunyai masalah tidur seperti insomnia atau tidur kurang nyenyak, sebaiknya cuba urutan badan.

Anda tahu tak, mengurut badan dengan losyen panas sebelum tidur sangat berkesan dalam meningkatkan pola tidur anda.

Ianya membantu meredakan ketegangan dan menjadikan tubuh lebih tenang sehingga membuatkan anda rasa mengantuk.

5. Mengurangkan Perasaan Tertekan

losyen panas

Kebiasaannya, individu yang berasa tertekan dan serabut sering mengatasinya dengan pengambilan ubat.

Namun tetapi, bagi ibu berpantang tidak boleh mengambil sebarang ubat tanpa pengawalan doktor.

Jadi, urutan badan boleh menjadi alternatif dan sangat memberi kesan yang positif pada sesetengah individu.

Urutan ini akan menjadikan pernafasan anda lebih teratur dan tenang.

Terutama penggunaan losyen yang hangat dengan wangian yang menenangkan.

Oleh itu, urutan badan boleh dijadikan amalan kerana keadaan hati yang tenang menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif.

6. Meremajakan Badan

Tekanan yang dirasakan pada wanita selepas bersalin menyebabkan beberapa bahagian badan terasa sakit.

Semestinya tidak dapat rehat yang cukup untuk menguruskan diri dan anak yang baru lahir.

Oleh itu, urutan badan membantu meredakan sakit dan menyegarkan badan, malah turut membantu meremajakan badan.

Badan terasa muda remaja kerana selepas berurut, tubuh akan terasa lebih bertenaga.

Kesimpulan

Kesimpulannya, mengurut badan dengan menggunakan losyen panas adalah satu cara yang berkesan untuk memberi kesejahteraan kepada ibu mengandung.

Banyak manfaat yang dapat diperoleh jika mendapatkan urutan badan lebih-lebih lagi semasa berpantang.

Diingatkan untuk anda, sebelum memulakan urutan badan, penting untuk berbincang dengan pakar urutan yang berkelayakan.

losyen panas

Ini demi memastikan amalan urutan badan tersebut sesuai dengan keadaan kesihatan individu.

Jika anda sekadar mengurut ringan dan lembut secara luaran, tiada masalah untuk anda dapatkan losyen panas Jamu Mak Dara.

Anda hanya perlu sapu dan urut secara lembut ke seluruh badan pada perut, peha, belakang, dan khusus pada kawasan yang sakit.

Dengan losyen panas Jamu Mak Dara ini, anda dapat merasakan sensasi lebih hangat dan menyegarkan.

Ayuh dapatkan losyen panas atau Losyen Susut Jamu Mak Dara di sini sekarang sebelum anda terlepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top