Pantang Larang Ketika Hamil Untuk Bakal Mommy
- admin
- Posted on
- 0 comments
Pernahkah anda dengar tentang pantang larang ketika hamil? Demi memastikan kesihatan bayi dan ibu terjaga, banyak pantang larang yang perlu ibu ambil tahu dan patuhi tau!
Khasiat petua warisan lama masyarakat Melayu ini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat.
Ini kerana kebanyakan pantang larang yang tercipta adalah untuk menjaga kesejahteraan ibu dan bayi itu sendiri.
Pantang larang sering dilihat dari sudut tradisional. Namun, terdapat banyak juga pantang larang dari sudut perubatan moden yang patut menjadi panduan para ibu moden pada masa kini.
Nak tahu senarai pantang larang ketika hamil yang anda perlu elakkan semasa hamil? Jom baca artikel ini. Kami juga akan mendedahkan set bersalin yang semua bakal ibu perlu ada!
9 Pantang Larang Ketika Hamil Untuk Mommy
Kalau nak diikutkan, banyak pantang larang yang sering diketengahkan untuk para ibu yang sedang ataupun yang sudah bersalin.
Nak tahu apa dia? Jom teliti senarai berikut!
1. Pakai pakaian ketat
Tidak salah untuk kekal bergaya semasa hamil namun pastikan pemilihan pakaian anda adalah sesuai dan selesa untuk aktiviti harian.
Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Walaupun ia tidak mengganggu perkembangan bayi, baju yang terlalu ketat akan menyebabkan ketidakselesaan.
2. Tidak menjaga percakapan
Pernahkan anda dengar akan pantang larang untuk menjaga percakapan semasa hamil?
Pantang larang ini bukan sahaja dipercayai oleh kaum Melayu, malah kaum Cina juga turut mempercayainya.
Mengikut kepercayaan, ibu hamil perlu menjaga pertuturan dan elak daripada menghina serta memburukkan individu lain.
Mengumpat dan mencaci juga adalah dilarang sama sekali kerana takut terkenan kepada bayi.
Walaupun ikut logik akal, ia tidak mempunyai kaitan, namun kita memang seeloknya sentiasa menjaga tingkah laku dan percakapan untuk menjaga emosi diri.
3. Pengambilan makanan pedas
Terdapat juga pantang larang yang melarang ibu hamil daripada makan makanan yang terlalu pedas kerana dipercayai bayi itu akan menyebabkan bayi botak.
Namun, untuk penggemar makanan pedas, jangan risau. Makanan pedas adalah selamat untuk kandungan anda.
Tapi, seeloknya dielakkan pengambilannya yang berlebihan kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan sampingan kepada anda seperti pedih ulu hati, senak perut dan GI.
Jika anda sedang makan makanan pedas, pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan dan pastikan anda kerap minum air.
4. Merokok
Para ibu sangat dilarang merokok sepanjang tempoh kehamilan.
Ini kerana, kandungan nikotin dan bahagian kimia yang ada didalamnya adalah sangat bahaya untuk janin.
Tambahan pula, ibu yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai bayi pramatang.
Selain itu, kajian menunjukan bahawa tubuh bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok juga adalah lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan bayi yang ibunya tidak merokok.
Jika anda seorang perokok tegar, anda seeloknya berhenti merokok atau mencari alternatif yang tidak mengandungi nikotin.
Dapatkan Set Bersalin Ibu Halimah Sekarang!
Tarikh kelahiran anda semakin dekat? Kami ada sesuatu untuk para ibu diluar sana!
Set Bersalin Ibu Halimah menawarkan set kelengkapan bersalin dengan ramuan turun temurun untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu.
Terdapat 8 produk dalam satu set ini yang setiap bakal ibu perlu ada, iaitu:
Jamu Mak Asli Kapsul 2 Botol
Kapsul Asli Jamu Mak Dara merupakan produk herba hasil gabungan warisan kontemporari, teknologi saintifik dan rahsia pemakanan dari hutan hujan semulajadi.
Antara kebaikannya suplemen nutrisi ini adalah membantu pengimbangan hormon wanita serta menyelaraskan keperluan sistem badan.
Losyen Susut
Losyen susut atau slimming lotion ini boleh digunakan sebagai losyen urut untuk urutan ringan dan lembut.
Selain memanaskan badan, losyen ini juga membantu bentuk badan dengan cara mengurangkan selulit.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat menghaluskan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Pengguna juga akan perasan cecair berlebihan dalam badan makin hilang dan lemak juga semakin berkurangan.
Pilis Ibu Halimah
Pilis Ibu Halimah ini sering digunakan untuk menyegarkan ubun-ubun dan menghilangkan sakit kepala semasa berpantang.
Selain itu, produk ini juga dapat mengurangkan kesan gelap mata atau “eyebag” yang dialami ibu-ibu berpantang akibat tidak cukup tidur.
Anda pasti akan suka aroma herbanya yang sangat membantu memberikan kesegaran.
Penggunaan yang konsisten juga membantu melegakan tekanan darah selepas proses melahirkan.
Lulur Kopi Ibu Halimah
Selain menganjalkan kulit badan, Lulur Kopi ini juga mampu membantu cegah masalah selulit serta melancarkan peredaran darah.
Para ibu akan rasa lebih segar dengan setiap sapuan dan aromanya yang menyenangkan.
Rempah Mandi
Rempah Mandi Jamu Mak Dara ini diformulasi dengan 9 herba terpilih seperti daun pandan, daun serai dan daun sarsi dan sesuai untuk kegunaan bersauna atau bertangkas.
Bukan sahaja sesuai untuk para wanita terutamanya para ibu, Rempah Mandi Jamu Mak Dara juga sesuai untuk kegunaan para lelaki.
Ramuan herba berkualiti tingginya membantu memberi kesegaran badan dan mengembalikan tenaga kepada badan. Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan bau badan.
Bauan Herba
Berasakan aromaterapi, Bauan Herba Mak Dara ini mampu mengatasi selesema, masalah bersin serta hidung tersumbat.
Anda juga boleh menggunakannya untuk mengatasi masalah gatal hidung dan hidung berair.
Bukan itu sahaja, pening-pening akibat mabuk perjalanan atau alahan juga dapat diatasi.
Tungku Herba
Diperbuat daripada herba dan rempah ratus semulajadi, Tungku Kukus Herba Ibu Halimah ini boleh dianggap sebagai bahan pemulih semulajadi.
Banyak kebaikan yang boleh para ibu dapat daripada bertungku.
Kehangatan dari batu tungku akan membantu buka liang-liang roma disamping memudahkan penyerapan herba dan rempah ratus.
Antara bahagian yang disarankan untuk dituam adalah pada bahagian pernakan, keliling payudara, tengkuk dan pinggang belakang.
Pencuci Wanita
Dengan gabungan herba seperti Sireh, Aloe Vera, Manjakani, Serapat, Kacip Fatimah, Pencuci Wanita Jamu Mak Dara ini adalah 100% bebas paraben dan SLES.
Feminine wash ini dapat mencegah bau faraj yang kurang menyenangkan selain memberi keselesaan dan kesegaran yang tahan lama.
Ucapkan selamat tinggal kepada bau yang tidak enak, kerengsaan dan kegatalan!
Kesimpulannya, bakal-bakal ibu perlulah ambil berat tentang pantang larang ketika hamil dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada sebarang perkara yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.
Selain itu, bagi memastikan ibu yang baru bersalin dapat kembali sihat dan cergas seperti biasa, penjagaan yang rapi semasa tempoh berpantang adalah sangat penting.
Bagaimana nak menjamin keselesaan para ibu sebelum dan selepas bersalin? Sudah semestinyalah dengan bantuan produk-produk keluaran Jamu Mak Dara.
Kini, dengan set Set Bersalin Ibu Halimah, para ibu boleh dapat semua keperluan selepas bersalin dengan mudah.
Apa yang membuatkan produk Jamu Mak Dara ini lebih digemari ramai berbanding jamu yang lain?
Sudah pasti kerana ianya dijamin suci dan halal. Formulasinya mematuhi piawaian dan tidak mengandungi bahan-bahan yang kimia yang terlarang.
Bukan itu sahaja, produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada KKM.
Tidak usah pening-pening lagi, Set Bersalin Ibu Halimah kan ada!
Layari laman Facebook kami untuk update terkini!