Petua Hentikan Haid Berpanjangan Lebih 14 Hari

petua hentikan haid berpanjangan

Haid berpanjangan yang melebihi 14 hari  bukanlah perkara biasa yang berlaku pada sistem reproduktif wanita.

Apabila haid melangkaui 5 hingga 7 hari dan hingga dua minggu atau lebih, ia dirujuk sebagai menorrhagia, satu keadaan yang boleh memberi kesan ketara kepada kehidupan seharian.

Pelbagai kesan yang diberi jika haid tidak berhenti dalam jangka masa lama seperti anemia dan boleh membuatkan anda letih sepanjang hari.

Sebab itu jangan biarkan keadaan ini berlarutan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai petua menghentikan haid berpanjangan.

Petua yang dikongsi di sini bertujuan untuk memberikan pandangan dan langkah berharga yang boleh anda pertimbangkan untuk mendapatkan semula kesihatan haid dan kesejahteraan keseluruhan.

Sebelum itu, jom baca apa punca yang menyebabkan haid berpanjangan. 

Punca Haid Berpanjangan

Terdapat beberapa punca yang boleh menjadi faktor darah haid untuk berlangsung lebih daripada 14 hari, iaitu:

1. Hormon tak seimbang

Seperti yang kita tahu, kitaran haid berkait rapat dengan keseimbangan hormon supaya ia berjalan lancar.

Ketidakseimbangan hormon, seperti paras estrogen yang tinggi atau progesteron yang tidak mencukupi, boleh membawa kepada haid tak teratur dan berpanjangan.

2. Ketumbuhan di rahim

rahim

Beberapa ketumbuhan di rahim seperti fibroid ini boleh menyebabkan kitaran haid berpanjangan.

Walaupun ia bukanlah ketumbuhan yang membawa kanser, bergantung kepada saiz, ia boleh mengganggu pengecutan normal rahim.

Pengecutan rahim yang terganggu membawa kepada kitaran haid berpanjangan.

3. Darah beku

petua hentikan haid berpanjangan

Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan pembekuan darah seperti penyakit von Willebrand atau gangguan fungsi platelet.

Pembekuan darah boleh menyebabkan aliran yang lebih berat, seterusnya mengakibatkan lebih banyak pengumpulan darah.

Jadi, semasa kitaran haid berlangsung, ia mengambil tempoh lebih lama untuk mengalir keluar.

4. Jangkitan atau radang

petua hentikan haid berpanjangan

Penyakit radang pelvis atau PID menjangkiti organ uterus dan sering disebabkan oleh disebabkan oleh bakteria menular seksual.

Ia boleh menyebabkan keradangan dan parut, yang boleh mengganggu kitaran haid yang normal dan mengakibatkan pendarahan yang berpanjangan.

Selain PID, jangkitan kelamin atau STI juga mempunyai kesan yang sama terhadap kitaran haid.

STI seperti klamidia atau gonorea sering didapati dalam kes sebegini.

5. Stres dan cara hidup

petua hentikan haid berpanjangan

Tahap stres boleh mengganggu fungsi normal paksi hipotalamus-pituitari-ovari, seterusnya menjejaskan peraturan hormon dan membawa kepada haid berpanjangan.

Selain itu, kenaikan atau penurunan berat badan secara ekstrem juga salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

6. Perimenopause

Perimenopause

Apabila wanita menghampiri menopause, biasanya pada usia 40-an atau 50-an, turun naik hormon menjadi lebih ketara.

Kitaran haid boleh menjadi tidak teratur, dan pendarahan mungkin berpanjangan atau tidak dapat diramalkan apabila badan beralih kepada menopause.

Petua Hentikan Haid Berpanjangan

Berikut adalah beberapa petua hentikan haid berpanjangan yang anda boleh ambil dan laksanakan. 

1. Ubat

Petua Hentikan Haid Berpanjangan

Bergantung pada punca haid yang berpanjangan, doktor anda mungkin memberi ubat untuk membantu mengawal kitaran haid anda.

Kaedah kawalan kelahiran hormon, seperti pil kawalan kelahiran, IUD hormon, atau suntikan hormon selalu disarankan oleh doktor.

Ia selalunya boleh membantu mengurangkan pendarahan haid dan mengawal kitaran anda.

2. Suplemen Zat Besi

supplement

Pendarahan yang berpanjangan boleh menyebabkan anemia akibat kehilangan darah.

Doktor anda mungkin mengesyorkan suplemen zat besi untuk membantu mengekalkan tahap zat besi yang sihat.

3. Seimbangkan gaya hidup

Buat perubahan gaya hidup yang menyokong kesihatan keseluruhan.

Ini termasuk diet seimbang, senaman yang kerap dan pengurusan tekanan.

Mengekalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengawal kitaran haid anda kembali normal.

4. Menukar diet pemakanan

Petua Hentikan Haid Berpanjangan

Beberapa perubahan diet boleh mengembalikan kitaran haid anda kembali normal.

Anda boleh melakukan diet seperti meningkatkan:

  • Pengambilan sayur-sayuran berdaun
  • daging merah dan bijirin

5. Amalkan jamu

Jamu seperti Jamu Mak Dara Kapsul Asli merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita.

Haid yang berpanjangan berkait rapat dengan kesihatan rahim itu sendiri.

Kandungan Cabai Jawa dalam Kapsul Asli membantu mengembalikan kitaran haid yang normal kerana rahim kembali normal.

Kesimpulannya, menangani haid yang berpanjangan boleh menjadi pengalaman yang mencabar dan tidak selesa.

Walau bagaimanapun, dengan petua dan panduan yang betul, anda boleh mengembalikan kitaran haid yang normal setiap bulan.

Selain itu, penting untuk anda mengutamakan kesihatan anda dan mengambil langkah proaktif untuk menangani isu ini.

Salah satu langkah yang anda boleh cuba adalah Jamu Mak Dara Asli Kapsul yang mendapat sambutan kerana potensi manfaatnya dalam menyokong kesihatan haid.

jamu mak dara

Jamu Mak Dara Asli Kapsul mengandungi bahan semulajadi yang terkenal dengan kegunaan tradisionalnya dalam kesihatan wanita.

Walaupun penting untuk berunding dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, memasukkan suplemen herba ini ke dalam rutin anda mungkin menawarkan sokongan tambahan semasa perjalanan haid anda.

Layari website Jamu Mak Dara untuk mengetahui lebih atau membuat pembelian dengan menekan butang di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top