Pemilihan Bra yang Salah Punca Payudara Kendur?

punca payudara kendur

Banyak yang berpendapat punca payudara kendur bermula dari pemilihan saiz bra yang salah.

Tapi, betul ke bra puncanya?

Jom kita tengok sama ada betul atau tidak punca payudara kendur boleh disebabkan oleh saiz bra yang salah. Selain itu, kami juga akan kongsikan cara nak elak dan merawat payudara kendur.

Saiz Bra yang Salah Punca Payudara Kendur?

punca payudara kendur

Jawapannya – Tidak.

Payudara kendur atau breast ptosis, bukanlah disebabkan tersalah pakai saiz bra terlalu kecil atau terlalu besar dari saiz sebetulnya.

Dari masa ke masa, apabila usia semakin meningkat, Ligamen Cooper yang menyokong payudara akan semakin kendur dan hilang keelastikannya. 

Tapi apa yang anda perlu tahu, memakai saiz bra yang salah akan membawa ketidakselesaan dan kesakitan di payudara anda.

Dr. Blake, Pakar Kesihatan Payudara, berkata, “Bila anda memakai saiz yang salah, terutamanya bra berwayar, itu mungkin menyakitkan kerana wayar itu berada dalam posisi yang tidak sesuai.”

Punca Sebenar Payudara Kendur

punca payudara kendur

1. Faktor usia

Peredaran masa dan usia boleh mengubah bentuk payudara anda.

Hakikat ini akan terjadi kepada setiap wanita apabila semakin meningkat usia.

Menurut American Academy of Dermatology Association, kulit akan mula kehilangan 30 peratus kolagen (faktor kelantunan) pada 5 tahun pertama fasa menopause.

2. Genetik

faktor genetik

Setiap individu yang mempunyai payudara mempunyai tisu payudara yang berbeza.

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai payudara yang besar mempunyai banyak kebarangkalian tinggi untuk kendur berbanding yang bersaiz kecil.

Ya, tisu di payudara ialah faktor utama dalam perkara ini. Tetapi, genetik dan epigenetik mempengaruhi kekuatan dan keelastikan kulit di bahagian itu.

Di sini, tidak kira saiz, jika kulit anda kurang elastik dan tidak kuat untuk menampung tisu payudara, ini akan menyebabkan payudara kendur.

3. Penurunan dan kenaikan berat badan

punca payudara kendur

Adakah anda sedang melalui fasa penurunan berat badan? Jika ya, anda mungkin perasan payudara anda mengecil dan kulit di sekitar itu kelihatan longgar.

Dalam kes ini, penurunan berat badan = payudara kendur.

Semestinya anda perlu downsize bra anda dan payudara akan lebih kendur akibat lebihan kulit selepas penurunan berat badan.

4. Merokok

merokok

Merokok bukan sahaja merosakkan penampilan wajah anda, ia juga memberi kesan kepada badan anda.

Kulit akan mula kehilangan keelastikan dan bahagian badan yang dulu tegang semakin ‘lendut’.

Bahagian badan yang banyak terkesan dengan habit ini adalah bahagian lengan dan payudara.

Malah, terdapat kajian yang mengesahkan merokok punca utama kepada payudara kendur.

Baca lagi: Cara Besarkan Payudara Tanpda Surgery

Cara Hindari Payudara Kendur

1. Perbaiki postur anda

Bunyi macam remeh, tapi sebenarnya cara ini sangat berkesan.

‘Slouching’ atau membongkok membuatkan payudara ‘melendut’ dan seterusnya membuatkan payudara kendur.

Nak tengok berkesan atau tidak? Jom try cara ni:

  1. Tegakkan posisi bahagian atas badan anda.
  2. Naikkan dagu sehingga leher kembali tegak.
  3. Laraskan bahu sehingga tegak.

2. Pakai saiz bra yang sesuai

Ya, saiz bra yang tidak sesuai tidak akan menyebabkan payudara kendur, tapi! Bra yang sesuai dan menyokong payudara dengan baik akan memontokkan payudara.

Tak kisah lah anda lebih suka memakai sport bra atau push-up bra, kuncinya hanyalah saiz bra yang sesuai.

Kalau anda masih tak tahu cara mencari saiz yang sesuai, anda boleh minta bantuan dari sale associate kedai pakaian dalam untuk mencarinya.

3. Workout!

punca payudara kendur

Workout tidak akan buatkan payudara lebih pejal. Tapi, ada beberapa rutin workout yang boleh menguatkan dan mengetatkan otot di sekeliling payudara.

Anda boleh cuba around the world dumbbells. Workout ini boleh membantu menguatkan otot di sekeliling dada.

Caranya:

  1. Baring di atas apa-apa platform (sesuai di atas kerusi panjang) dan pegang dumbbell di kedua-dua belah tangan.
  2. Panjangkan lengan ke atas dan di belakang kepala anda, selari dengan lantai dan tapak tangan menghadap siling.
  3. Gerakkan dumbbell dalam gerakan separuh bulatan ke tepi, sehingga ia mencapai bahagian tepi peha anda.
  4. Balikkan pergerakan.
  5. Ulang

Sambil-sambil tu, bukalah apa-apa lagu untuk uplift mood masa workout. Lagi semangat nanti!

Kesimpulannya, walau ada daripada anda yang rasa rendah diri kerana ada payudara kecil atau kendur, ke semua masalah ini boleh dirawat.

Apa pun saiz payudara anda, sayangilah diri anda terlebih dahulu.

Selain dari berusaha dari segi fizikal, anda juga boleh memilih produk-produk alternatif seperti:

  • Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara

Harga: RM59.00

Tidak seperti jamu tradisional, jamu ini sudah diformulasi dengan gabungan teknologi moden dan terhasillah dalam bentuk kapsul.

Bahan-bahan seperti Manjakani, Cabai Jawa, Helicteres Isora, Hippocratea Indica dan Biji Ketumbar bagus dalam membantu menganjalkan dan menegangkan payudara.

  • BLOOM – Sculpting & Firming Cream

punca payudara kendur

Harga: RM89.00

BLOOM, krim yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk payudara cantik dan tegang secara natural dan membantu anda lebih yakin dan cantik.

Diformulasi dengan campuran ekstrak Pueraria Mirifica, BLOOM berfungsi untuk mengembalikan tisu-tisu menjadi lebih tegang, anjal dan memikat.

Jangan risau, agen phytoestrogen semula jadi dalam ekstrak ini sudah terbukti mempunyai kesan yang baik. Kulit lebih elastik dan lembap saat anda memakainya.

BLOOM kunci kepada rahsia payudara anda kembali anjal dan tegang. Tingkatkan keyakinan, kewanitaan dan kegembiraan anda hari ini dengan BLOOM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top