Bengkung Bersalin Pilihan Terbaik untuk Ibu Setelah Melahirkan
-
admin
- Posted on
- 0 comments

Pemakaian bengkung bersalin semasa berpantang adalah amalan wajib mengikut kata orang-orang tua terdahulu selain daripada bertungku dan berpilis.
Ramai ibu muda pada zaman ini mengelak memakai bengkung atau barut semasa berpantang dengan alasan tidak selesa dan kaedah pemakaian bengkung yang rumit dan memerlukan masa yang panjang.
Namun hakikatnya, amalan pemakaian bengkung semasa berpantang banyak manfaat kepada penampilan luaran dan kesihatan dalaman.
Antara manfaat yang paling membuatkan ibu bersemangat untuk terus mengenakan bengkung bersalin sepanjang tempoh berpantang adalah mahu cepat kembali kepada bentuk tubuh asal.
Bagi yang bersalin secara normal, seeloknya memakai bengkung bersalin seawal dua hari. Manakala bagi yang bersalin melalui pembedahan, harus menunggu dahulu luka jahitan sembuh.
8 Jenis Bengkung Selepas Bersalin
Bukan sahaja pakaian yang sering berubah mengikut peredaran zaman, bengkung juga tidak terkecuali. Terdapat 8 jenis bengkung yang sesuai dipakai selepas bersalin.
Bengkung Tradisional Bertali
Jika anda tidak mempunyai seorang pembantu untuk menolong anda memakai bengkung tetapi mahu memakai bengkung tradisional, anda digalakkan untuk membeli bengkung jenis berzip yang lebih mudah dipakai sendirian.
Bengkung jenis ini direka khas buat ibu-ibu modern yang masih ingin mengamalkan cara berpantang tradisional dan ingin menjaga kesihatan badan semasa berpantang.
Dengan bengkung, lebih mudah untuk para ibu bergerak dna menjalani rutin menjaga si kecil setiap hari.
Bengkung Lilitan Jawa
Bengkung lilitan jawa ini dibuat daripada kain belacu dengan lebarnya sekitar 15 meter.
Lilitan bengkung ini hanya meliputi kawasan bawah payudara hingga bawah punggung.
Bengkung ini kemas dan sangat pantas membantu melangsingkan badan. Mana tidaknya, panjang bengkung bermeter-meter, hasilnya juga terlihat cepat.
Bengkung Tali Zig Zag
Bengkung tali zig zag adalah lebih kurang sama dengan bengkung tradisional bertali cuma bengkung ini adalah versi yang dah dipermudahkan untuk dipakai.
Bengkung Bertali Barut
Bengkung jenis ini lebih simple dan mudah dipakai sendiri tanpa pertolongan orang lain. Sambil baring atau berdiri pun boleh. Namun, bahagian bawah perlu dilonggarkan agar mudah untuk ke tandas.
Bengkung Moden Sarung – Tube
Ia adalah antara sejenis bengkung yang senang di pakai. Hanya sarung dan siap. Tetapi, melihat pada saiznya juga kita sudah tahu bengkung jenis ini tidak meliputi menyeluruh bahagian perut dan bawah perut.
Bengkung Moden – Velcro
Tidak perlu lilit ataupun ikat, hanya adjust mengikut keselesaan dan lekatkan saja. Cuma pastikan cari bengkung yang diperbuat daripada material kain yang tidak panas dan meresap peluh.
Bengkung Moden 3 dalam 1
Bengkung ini dipecahkan kepada 3 bahagian. Bahagian atas perut, bahagian perut dan bahagian bawah perut.
Cara pakai bengkung ini adalah anda perlu tarik tali getah dan lekatkan sahaja di atasnya. Saiznya boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan badan.
Bengkung Moden – Corset
Bengkung ini antara jenis bengkung yang mudah disarungkan.
Rekaan yang moden dan terperinci boleh membuatkan tulang belakang dan body posture terjaga kerana adanya memory wires yang mudah lentur mengikut bentuk badan.
Bengkung jenis korset boleh dipakai pada bila-bila masa dan tidak semestinya hanya dipakai sewaktu berpantang sahaja.
Kenapa Perlu Pakai Bengkung Selepas Bersalin?
Seperti yang telah dinyatakan di atas, amalan berbengkung bukan sahaja penting untuk penampilan luaran selepas bersalin, malah bengkung juga mempengaruhi faktor kesihatan dalaman ibu bersalin.
Menyokong tulang belakang dan abdomen
Setelah mengandungkan bayi selama sembilan bulan, pastinya wanita akan merasakan perubahan pada postur badan.
Tidak lupa juga, wanita pasti akan mengalami sakit pada bahagian belakang kerana membawa kandungan seberat seorang bayi.
Dengan pemakaian bengkung, ia mampu membantu untuk memperbetulkan postur badan serta menyokong tulang belakang.
Jadi, anda akan dapat bergerak dengan lebih mudah dan sakit tulang belakang yang dialami sepanjang mengandung dan bersalin juga dapat dihilangkan.
Selain itu, bengkung juga mampu menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Mengempiskan perut
Disebabkan lilitan bengkung pada bahagian abdomen hingga ke pinggul, ia mampu membantu mengempiskan dan menganjalkan perut yang menggeleber.
Berbengkung dapat memecahkan lemak dan mencegah daripada makan secara berlebihan.
Tetapi dengan syarat, ia perlu dipakai secara konsisten sepanjang tempoh berpantang.
Hasilnya akan kelihatan sekurang-kurangnya selama 4-6 minggu.
Jika ingin lebih cepat kempis, sapukan krim atau gel pelangsingan sebelum mengenakan bengkung.
Membuang angin dalam badan
Antara sebab perut kembung masuk angin adalah kerana organ yang mengembang.
Dengan pemakaian bengkung yang sempurna, ia dapat membantu pengaliran angin yang lancar daripada badan ibu berpantang.
Berbengkung juga dapat membuang angin dan mencegah angin daripada masuk dalam perut.
Mempercepatkan pengeluaran darah kotor / darah nifas
Selepas bersalin, wanita akan mengeluarkan darah nifas selama 40 hari.
Darah nifas memang akan keluar secara alaminya. Tetapi berbengkung dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran darah nifas.
Mengembalikan kedudukan peranakan
Peranakan atau rahim ialah tempat janin membesar.
Peranakan terletak dalam pelvis dan disokong oleh otot jaringan dan ligament.
Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot jaringan dan ligament menjadi lemah dan menggelongsor turun.
Selain itu, banyak faktor lain yang mampu menyebabkan peranakan jatuh.
Antaranya ialah proses kelahiran yang kerap, bayi terlalu besar, meneran pada tempoh yang lama atau menghidapi obesiti.
Dengan berbengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim dan mengembalikan kedudukan peranakan.
Menegangkan kulit dan menguatkan otot
Masalah otot-otot menegang selepas bersalin adalah perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.
Semasa mengandungkan bayi kecil anda, tisu perantara yang menyambungkan otot-otot perut akan terpisah.
Otot-otot tersebut akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.
Oleh itu, untuk mengembalikan kekuatan otot yang tegang dan kelihatan menggeleber, pakailah bengkung semasa berpantang.
Kesimpulannya, Terdapat pelbagai jenama bengkung yang dijual di pasaran sekarang.
Apa yang membezakan adalah kualiti dan harga bengkung itu tersendiri.
Terpulang kepada anda untuk memilih bengkung jenis apa yang selesa dipakai dan mengikut kemampuan masing-masing.
Berpantang dengan berbengkung akan membuahkan hasil yang positif jika anda memilih bengkung yang sesuai dan konsisten dengan pemakaiannya.
Jika anda mencari-cari bengkung yang best, gunalah bengkung daripada Jamu Mak Dara ni!
Kami di Jamu Mak Dara mempunyai 2 pilihan bengkung iaitu:
- Bengkung Mak Dara Strap – Strap Slimming Belt
- Bengkung Mak Dara Zip – Zip Slimming Belt
Bengkung Mak Dara Strap – Strap Slimming Belt
Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat daripada kain belacu yang sesuai digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih tahan lasak.
Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan bengkung Mak Dara adalah untuk merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.
Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
Layari laman web untuk pembelian Bengkung Mak Dara Strap – Strap Slimming Belt.
Bengkung Mak Dara Zip – Zip Slimming Belt
Bengkung lilit jawa ini dibuat daripada kain belacu dengan lebarnya sekitar 15 meter. Ianya meliputi kawasan bawah payudara hingga bawah punggung.
Sangat kemas dan pantas membantu mengembalikan dan melangsingkan bentuk badan.
Dengan elemen gabungan tradisional dan moden, matlamat setiap wanita pasti tercapai.
Walau semoden mana pun arus dunia, keaslian perlu dititikberatkan, dengan memilih fabric ‘cotton’ belacu Gred A untuk memastikan semua wanita sesuai memakainya walau apa jua jenis kulit dan kondisi.
Dengan proses basuhan dahulu sebelum proses jahitan ini akan terus memelihara keadaan bengkung kemas dan rapi dan tidak mengecut.
Kehangatan dan keaslian benang belacu ini mampu menarik angin keluar sewaktu proses berbengkung.
Untuk memudahkan semua wanita moden hari ini, bengkung Mak Dara mempunyai zip untuk kemudahan si pemakai.
Boleh layari website untuk pembelian Bengkung Mak Dara Zip – Zip Slimming Belt.
Tunggu apa lagi, jom beli bengkung yang paling selesa dan berkesan untuk para ibu yang baru bersalin di Jamu Mak Dara!