Apa Produk Keperluan Asas Ibu Berpantang?

ibu berpantang

Ibu berpantang memerlukan beberapa pengetahuan tentang keperluan asas ibu berpantang untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik selepas bersalin.

Berpantang ini merupakan satu amalan yang dikira wajib dilakukan bagi ibu-ibu selepas bersalin untuk memastikan badan pulih ke keadaan asal.

Tak kiralah dengan keluarga atau bersendirian, berpantang tidaklah semudah yang disangka dan ibu-ibu mungkin akan melakukan kesilapan semasa berpantang.

Tetapi kalau berpantang sendirian, pasti akan lebih sukar sebab tiada siapa yang dapat menegur.

Keperluan boleh dibahagikan kepada dua yakni untuk bayi dan untuk ibu sendiri. Tidak dinafikan kita akan merasa bagaikan semuanya adalah keperluan.

Pastikan produk yang dipilih sesuai untuk kegunaan bayi yang baru lahir kerana pada peringkat permulaan kulit bayi lebih sensitif. 

Ini merangkumi pakaian asas, lampin pakai buang, set penjagaan diri seperti mandian, bedak, losen dan minyak angin.

Di dalam artikel ini anda akan belajar tentang keperluan asas dan produk yang sesuai untuk ibu berpantang.

Keperluan Asas Ibu Berpantang Sebelum Bersalin

barang keperluan bayi sebelum bersalin  

Dianggarkan hanya kira-kira 5% bayi dilahirkan mengikut tarikh jangkaan bersalin. Bahkan kebanyakan kelahiran berlaku dalam beberapa minggu sebelum atau selepas due date.

Disebabkan itu, sangat disarankan bagi anda mula mengemas beg untuk dibawa ke hospital sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh jangkaan tersebut. 

Ini dapat memberikan anda sedikit masa untuk perkara yang tidak diduga.

Bagi ibu hamil yang mempunyai sebarang tanda kemungkinan akan bersalin pramatang atau perlu melahirkan si kecil lebih awal, mungkin masa untuk mengemas beg harus dipercepatkan.

1. Tote Bag

Antara senarai barang yang perlu dibawa dan disimpan di dalam tote bag:

  • Handphone dan powerbank
  • Kurma
  • Air mineral
  • Beg plastik baju kotor
  • 1 set pakaian bayi (baju, topi, pampers 2, bedung)
  • Maternity pad
  • Disposal panties.

Pendaftaran

Sampai je di dewan bersalin, perkara pertama yang ibu perlu lakukan adalah mendaftarkan diri. Apa yang diperlukan adalah buku rekod kehamilan (buku pink) dan kad pengenalan.

Selepas selesai urusan pendaftaran, ibu akan dipanggil untuk masuk kedalam untuk dilakukan pemeriksaan lanjut.

Tukar Pakaian

Ibu akan diminta untuk tukar pakaian yang dibekalkan pihak hospital (baju pink) dan diminta untuk buat ujian air kencing. Baju ibu yang dah tak guna tu boleh masuk dalam bag plastik untuk elak tercicir.

Pemeriksaan Awal

Kemudian, ibu akan melakukan pemeriksaan awal seperti tekanan darah, suhu dan nadi. Ibu juga akan disoal apakah tanda-tanda bersalin yang ibu alami.

Pemeriksaan Serviks/Vaginal Examination

Seterusnya, ibu diminta untuk baring untuk melakukan pemeriksaan perut. Kemudian ibu akan dibuat pemeriksaan serviks atau bahasa pasarnya ‘seluk’ atau bahasa doktornya ‘vaginal examination’. 

Para ibu mestilah kekal tenang dan amalkan Teknik pernafasan yang betul.

Fasa Kelahiran Aktif

Untuk ibu yang sudah berada dalam peringkat kelahiran aktif, ibu akan terus dihantar ke bilik bersalin. 

Dalam bilik bersalin nanti, pergerakan ibu agak terhad sebab bahagian perut dah dipasang alat CTG. Jadi, pilihan yang ada untuk ‘layan contraction’ sama ada terlentang atau mengiring sahaja.

Doktor dan jururawat akan memantau serviks ibu secara berkala. 

Dalam tempoh yang boleh kata kritikal ni, ibu tak dibenarkan makan so kalau nak makan, disarankan makan sebelum ibu pergi ke hospital.

Selamat Bersalin

Bila ibu dah selamat bersalin, ibu akan diberi sedikit masa untuk skin-to-skin dengan bayi di mana bayi akan diletak di atas dada ibu, kemudian bayi akan diazankan dan seterusnya dibersihkan oleh jururawat. 

Para ibu diingatkan untuk memberitahu kepada jururawat bahawa baju bayi di dalam tote bag yang anda sediakan. 

Lepas selamat melahirkan bayi, belum habis adegan lagi tau. Adegan seterusnya adalah jahit luka. Jururawat akan tanya ada bawa pad tak? Bagitahu saja ada dalam tote bag.

2. Luggage Bag

Barang yang perlu dibawa adalah:

Barang ibu

  • Disposal panties 5
  • Maternity pad 5
  • Nursing bra 3
  • Tuala mandi
  • Kain batik 1
  • Tudung sarung 2
  • Selipar
  • Stokin
  • Sweater
  • 1 set pakaian discharge
  • Cawan dan sudu
  • Minuman 3in1, air mineral besar, dan biskut
  • Thermos dan tisu
  • Keperluan mandi
  • Plastik isi baju kotor
  • Breast pump

Barang bayi

barang keperluan bayi

  • Set pakaian bayi 3
  • Bedung
  • Selimut
  • Tuala
  • Wet tissue
  • Pampers 15
  • Baby care

Wad Bersalin

Di wad bersalin hospital kerajaan, ibu dah boleh start susukan bayi. Suami dibenarkan untuk masuk sekejap sahaja untuk hantar bag. 

Di kesempatan yang ada ni, kalau ibu lapar boleh minta tolong suami sediakan air dan sedikit makanan seperti biskut dan kurma untuk beri ibu tenaga selepas bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta.

Discharge

Untuk ibu yang bersalin normal dan bayi tiada komplikasi, ibu & bayi dah boleh discharge dalam masa satu hari. 

Kalau bersalin secara caesarean pula mungkin perlu tunggu beberapa hari. 

Sebelum dibenarkan discharge, ibu akan dibuat pemeriksaan luka untuk memastikan luka bersalin tiada masalah. 

Baby juga akan diberikan vaccine BCG sebelum discharged.

3. Keperluan lain

barang keperluan bayi

Barang lain-lain yang dibawa:

  • Nipple cream
  • Baby detergent lotion
  • Bedak
  • Baby oil
  • Nappy rash cream
  • Mandian bayi
  • Bath tub
  • Tikar getah
  • Nose suction
  • Nail clipper
  • Facial cotton
  • Cotton bud
  • Bottle sterilizer
  • Breast milk storage
  • Car seat dan stroller

Set Bersalin Ibu Halimah

set bersalin berpantang ibu halimah

Sejak berzaman, orang melayu telah mengamalkan berpantang selepas bersalin. Berpantang adalah amalan yang amat penting dan amat dititikberatkan agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin setelah bersalin.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah merupakan produk yang mudah digunakan oleh ibu-ibu bersalin. 

Set Bersalin Ibu Halimah adalah ramuan turun temurun yang kini dikongsi bersama umum untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu bersalin.

Produk 8 dalam 1, produk dari Jamu Mak Dara telah memudahkan kerja ibu-ibu bersalin kerana di dalam satu terdapat pelbagai kelengkapan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu bersalin

Di dalam set Bersalin Ibu Halimah mengandungi

  • Jamu Mak Asli Kapsul 2 Botol
  • Losyen Susut
  • Pilis Ibu Halimah
  • Lulur Kopi Ibu Halimah
  • Rempah Mandi
  • Bauan Herba
  • Tungku Herba
  • Pencuci Wanita

Tips Ibu Halimah

Elakkan minum air kelapa semasa mengambil jamu kerana ia akan menyebabkan badan menjadi neutral sekali lagi. 

Bermula pada hari ketujuh selepas bersalin dan berterusan sehingga akhir tempoh berpantang, wanita selepas bersalin boleh mula mengambil ubat herba.

Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.

Untuk mengelakkan kemudaratan pada faraj, elakkan bersama suami dalam tempoh 44 hari yang dinasihatkan. Elakkan mengambil ubat herba atau sebarang ubat lain jika anda hamil.

Kesimpulan

Kesimpulannya, berpantang wajib bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak bagi mengekalkan badan pulih kepada yang asal. 

Penting untuk ibu ibu untuk tahu keperluan asas ibu berpantang sebelum dan selepas bersalin. 

Jamu Mak dara mempunyai set berpantang untuk memudahkan para ibu dalam menjalani sesi berpantang. 

Untuk maklumat lanjut klik butang di bawah untuk melayari laman web kami. 

Layari laman Facebook kami untuk update terkini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top