Cara Hilangkan Morning Sickness

cara hilangkan morning sickness

Lumrah seorang wanita mempunyai naluri keibuan yang tinggi untuk memiliki cahaya mata sendiri. 

Namun bagi yang belum berkahwin mungkin kurang berpengetahuan mengenai alahan yang dialami oleh wanita yang sedang hamil seperti morning sickness.

Setiap wanita yang hamil mempunyai alahan yang berbeza beza. Namun ada juga yang tidak mempunyai alahan. 

Tempoh kehamilan boleh menjadi menyeronokkan dan dalam masa yang sama sangat mencabar. 

Alahan yang dialami di awal usia kandungan pastinya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh para ibu. 

Sebagai seorang bakal ibu, anda mungkin sudah familiar dengan situasi ini: 

  • Mengetahui status ‘berbadan-dua’
  • Alahan pada awal kehamilan 
  • Melihat perkembangan anak dalam perut kandungan
  • Pengalaman pertama merasakan tendangan bayi di dalam perut. 

Dalam tempoh hamil juga para ibu biasanya akan mendapat layanan istimewa daripada pasangan dan orang sekeliling. 

Setiap apa yang diinginkan pasti si suami akan cuba penuhi. 

Mengidam wanita hamil tidak sama seperti keinginan wanita biasa. Sebolehnya, ia mesti dituruti. 

Namun, para ibu yang dalam fasa awal kehamilan boleh teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai morning sickness serta cara hilangkan morning sickness. 

Ilmu ini bukan sahaja untuk wanita hamil, para suami atau mana mana wanita diluar sana juga boleh mempelajari mengenai morning sickness kerana ia mungkin berguna di masa akan datang.

Maksud dan Simptom Morning Sickness

cara hilangkan morning sickness

Morning sickness bukan sahaja dialami pada waktu pagi sahaja tetapi di bila-bila masa sahaja.  

Bukan semua ibu hamil mengalaminya tetapi si suami turut terkena tempiasnya.

Rata-rata kes lebih separuh mengalaminya berasa mual dan muntah.

Morning sickness yang juga sinonim kepada mabuk hamil sering berlaku di awal kehamilan sehingga kandungan mencecah 14 minggu. 

Namun, ada juga kes dimana ianya berlarutan lebih lama dari tempoh tersebut. Kondisi ini dikenali sebagai Hyperemesis Gravidarum (HG). 

Tetapi, jangan sangka rehat yang cukup sudah mencukupi ketika di tahap ini.

Kebiasaanya, simptom bagi morning sickness ialah mual dan muntah. 

Namun sekiranya ia menjadi lebih teruk, hendaklah berjumpa dengan doktor segera kerana risau si ibu kehilangan banyak nutrisi yang penting untuk kandungan. 

Antara simptom yang memerlukan pemeriksaan doktor adalah : 

  1. Muntah lebih daripada 4 kali dalam 1 hari 
  2. Sentiasa rasa mual 
  3. Hilang selera makan 
  4. Dehidrasi 
  5. Ketosis 
  6. Penyusutan berat badan ketika hamil 
  7. Tekanan darah rendah ketika berdiri 
  8. Sakit kepala 
  9. Pengsan

Tanpa rawatan & pengawasan doktor, dikhuatiri akan membahayakan kandungan dan tubuh badan si ibu. 

Punca Adanya Morning Sickness

  • Sensitiviti

cara hilangkan morning sickness

Perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan menyebabkan wanita hamil menjadi lebih sensitif.

Perubahan hormon juga mempengaruhi tahap alahan si ibu. 

Hal ini dikatakan lebih cenderung berlaku kepada si ibu yang mengandungkan bayi kembar seterusnya menyebabkan si ibu mengalami alahan yang teruk. 

  • Stress

cara hilangkan morning sickness

Stres dalam kalangan ibu yang hamil adalah perkara yang sering terjadi sekiranya si ibu pernah mengalami keguguran atau kehamilan kali pertama. 

Ibu hamil akan berasa tertekan kerana terlalu berhati-hati dan akan sentiasa mengawasi setiap pergerakkan. 

Rasa stres yang dialami oleh ibu mengandung bukan sahaja menyebabkan morning sickness. 

Namun ia juga boleh mengakibatkan ibu hamil tidak mempunyai rehat yang cukup, rasa tidak tenteram, hilang selera makan, pening kepala dan seterusnya kitaran tidur yang terganggu. 

  • Sensitif Terhadap Bau

cara hilangkan morning sickness

Ibu hamil yang sensitif terhadap bau-bauan adalah perkara biasa namun yang untungnya, bukan semua akan mengalaminya. 

Bauan yang biasanya dirasakan wangi mungkin menjadi busuk masa ini. 

Bauan yang dirasakan kuat boleh menjadi punca loya, pening dan muntah.

Para suami dan isteri, kekal tabah untuk menukar minyak wangi kegunaan anda!

  • Kehamilan Pertama 

tips hamil

Kajian mendapati, ibu-ibu yang kali pertama hamil mengalami morning sickness yang lebih teruk. 

Hal ini dapat dikaitkan dengan perubahan hormon yang ketara membuatkan badan si ibu tidak bersedia menghadapinya.

Jom ketahui cara hilangkan morning sickness yang berkesan.

Cara Hilangkan Morning Sickness

  • Makan Dalam Kuantiti Yang Kecil 

makanan ibu hamil

Kebiasaannya, seorang dewasa akan makan 3 kali sehari. 

Namun, bagi mengelakkan ibu yang hamil berasa loya dan muntah, boleh pecahkan kepada 6 hidangan kecil bagi mengurangkan perut berasa terlalu penuh.

Ambil masa anda untuk mendapatkan rentak pemakanan baharu agar anda dan bayi tidak kelaparan.

  • Elak Makan Makanan Pedas & Berlemak 

Bagi mengelakkan rasa mual, ibu hamil boleh mengambil makanan kering dan kurang berbau seperti roti kosong dan biskut. 

Makanan pedas, berempah dan berlemak perlu dielakkan kerana mampu menyebabkan rasa loya dan muntah. 

  • Jangan Skip Sarapan 

jangan skip sarapan

Bagi yang tidak hamil pun perlu mengambil sarapan pagi, apatah lagi ibu hamil yang memang memerlukan nutrisi dan tenaga yang cukup, lebih lebih lagi diawal usia kandungan. 

Alahan atau morning sickness bukanlah perkara yang boleh dikawal atau boleh dibuat–buat. 

Alahan yang teruk boleh menjejaskan tahap kesihatan kandungan dan si ibu. 

Penting untuk mengetahui cara menghilangkan morning sickness bukan sahaja kepada ibu hamil. 

Si suami pun turut memainkan peranan penting bagi memastikan si ibu sihat dan mendapatkan nutrisi secukupnya untuk menjaga kandungan dengan baik. 

Sebagai seorang isteri yang tengah hamil, morning sickness bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. 

Dengan rasa “mabuk” dan ketidakselesaan ketika melakukan kerja, si isteri pasti mahukan produk yang dapat membantu untuk melegakan rasa mual tersebut. 

Untuk melegakan morning sickness tersebut, anda boleh dapatkan Bauan Herba Mak Dara daripada pihak kami di Jamu Mak Dara! 

bauan herba

Kami di Jamu Mak Dara amat bertimbang rasa dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu di luar sana. 

Disebabkan itu, dengan adanya produk Bauan Herba Mak Dara, kami berharap agar ia dapat membantu untuk mengurangkan rasa mual. 

Bauan Herba Mak Dara boleh dijadikan sebagai aromaterapi untuk menangani masalah-masalah seperti berikut: 

  • Selsema 
  • Bersin pada waktu pagi 
  • Gatal hidung, tersumbat atau berair
  • Pening kepala 
  • Mabuk laut
  • Alahan mengandung 

Anda hanya perlu menghidu bauan produk ini sebanyak tiga kali bagi mengurangkan morning sickness atau rasa pening kepala anda. 

Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh dapatkannya dengan pautan pada link di bawah ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top