Tungku Bersalin Untuk Ibu Berpantang

set bersalin tungku

Umumnya amalan bertungku adalah lebih kepada budaya Melayu, kerana kebanyakkan bangsa yang lain di Malaysia, tidak mengamalkannya. 

Kebiasaanya ia dilakukan selepas bersalin  atau keguguran dan dikenali sebagai tempoh berpantang.

Amalan perubatan Melayu ini mempunyai banyak manfaat termasuklah merawat masalah dalaman wanita, mengembalikan kecergasan tubuh dan memelihara hubungan suami isteri.

Keperluan Bertungku

Bertungku bermaksud menuam di bahagian tertentu dengan menggunakan batu sungai atau besi yang dipanaskan. 

Sesetengah orang ada yang meletakkan herba-herba lain untuk memberi bau yang menyamankan seperti daun mengkudu, daun lengkuas, daun serai Aceh dan daun serai wangi.

Tujuan bertungku ini dilakukan semasa berpantang adalah untuk mengecut dan menaikkan rahim serta melancarkan darah. 

Pada bahagian perut pula, ia memainkan peranan penting untuk membantu melangsingkan abdomen di samping menurunkan berat badan.

Jenis- Jenis Tungku

Terdapat jenis-jenis tungku yang biasa digunakan dalam amalan bertungku. Antaranya ialah:

  •  Tungku Batu

tungku batu

Ianya amat popular di kalangan wanita ketika berpantang. Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai, batu gunung, batu merah dan batu kelikir. 

Batu ini akan dibakar sehingga nampak kemerahan dan dimasukkan di dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. 

Ianya bertujuan untuk mengecutkan rahim, mengeluarkan darah beku, menghilangkan kebas-kebas dan buasir.

  •  Tungku Besi

tungku besi

Ini hanya terkenal di negeri belah utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. 

Cara penyediaannya sama juga dengan tungku yang lain di mana daun dan kulit limau purut, kecubung dan lengkuas akan diletakkan di atas kain. 

Tungku pula akan dipanaskan dan dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.

  •  Tungku Pasir

Pelbagai jenis pasir boleh digunakan sebagai contoh pasir sungai, pasir laut atau campuran tanah bukit atau pasir bukit dengan lumpur.

Caranya adalah pasir tersebut digoreng tanpa minyak sehingga betul-betul kering. Sediakan daun belacu yang di alas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, daun pandan dan pucuk kecubung. 

Kemudian, tuang pasir ke dalam kain dan tuam di bahagian badan.

  • Tungku Layor

Tunggu layor menggunakan dua bahan sama ada buah atau daun. Buah yang sesuai adalah buah mengkudu, jambu batu hutan, kecubung dan kaduk.

Daun pula ialah daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, kaduk, kecubung dan sirih. 

Caranya adalah daun atau buah ini dilayorkan iaitu diletakkan di atas api sehingga daun layu dan dibungkus dengan kain sapu tangan.

  •  Tungku Bijirin

Ianya digunakan oleh sesetengah bidan kampung sahaja untuk terapi bersalin. 

Bijirin yang digunakan ialah jagung, kacang, lada hitam, daun kantan, lada ekor, kacang hijau, halia, daun pandan, ketumbar dan lengkuas.

  •  Tungku Abu

Tungku ini sangat unik dan sukar diperoleh pada masa kini, kerana tidak ramai yang memasak menggunakan kayu api. 

Abu yang diperoleh daripada kayu api yang masih suam akan dibalut dengan daun mengkudu atau kain dan tuam di mana tempat yang sepatutnya.

  • Tungku Moden

Ini ialah inovasi yang terbaru untuk memudahkan pengguna. Kebiasaanya diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair.

Tungku ini hanya perlu dicajkan selama 5-8 minit dan tungku ini akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan hanya bertahan antara 1 hingga 2 jam sahaja.

4 Bahagian Untuk Bertungku

Kepada ibu-ibu yang sedang berpantang, seeloknya bertungku sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

  •  Bahagian Peranakan

Proses bertungku dibahagian ini sangat penting dan perlu dilakukan oleh orang yang mahir seperti bidan untuk mengelakkan sebarang insiden berbahaya terjadi.

Caranya peranakan akan ditolak oleh tungku dari bawah sehingga ke pusat untuk mengecutkan rahim yang telah kembang.

Tujuan yang lain pula adalah agar dapat mengurangkan keselesaan dan dapat mengempiskan perut supaya dapat perut yang langsing. 

  • Bahagian Badan

urut badan lepas bersalin

Kebiasaanya akan ditungku dibahagian belakang pinggang, tengkuk dan di keliling payudara. 

Dilalukan di ibahagian payudara dapat membantu melancarkan pengeluaran susu.

Bertungku dibahagian belakang pinggang dan bahagian perut dapat membuang angin  dan di bawah tengkuk agar dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian leher dan kepala.

  • Bahagian Bawah

Selain daripada bahagian yang disebut di atas, bahagian di badan lain juga perlu ditungku juga.

Terutamanya dibahagian punggung, pelipat, peha dan betis. 

Perlu ditungku selama 15 ke 20 minit untuk melegakan urat yang tegang dan dapat mengurangkan angin dalam badan. 

  • Bahagian Privasi

Hanya boleh dilakukan oleh yang mahir sahaja. Kebiasaannya akan diletakkan seketika di bahagian ari-ari untuk melancarkan darah dibahagian itu dan dibahagian kelangkang.

ibu bersalin

Kesimpulannya, bertungku sememangnya sinonim dengan rawatan berpantang selepas bersalin bagi membantu menghilangkan sengal-sengal badan yang dihadapi. 

Namun, anda juga digalakkan meneruskan rutin bertungku walaupun sudah dan tidak berpantang lagi.

Amalan ini sangat bagus terutamanya yang jenis mengalami haid tidak teratur serta angin dalam badan. 

Dilakukan dalam keadaan tenang dan digalakkan berbaring semasa bertungku.

Jika mahukan hasil yang memuaskan, anda perlu rajin. Namun dalam keadaan tertentu, anda mungkin kesuntukan masa. Jika hal yang demikian cubalah guna produk dari Jamu Mak Dara.

Produk 8 dalam 1 ini sangat memudahkan kerja ibu-ibu bersalin kerana di dalamnya terdapat berbagai kelengkapan yang sangat diperlukan oleh ibu selepas bersalin. Di dalamnya terkandung:

set bersalin tungku

  • Jamu Mak Asli Kapsul 2 Botol
  • Losyen Susut
  • Pilis Ibu Halimah
  • Lulur Kopi Ibu Halimah
  • Rempah Mandi
  • Bauan Herba
  • Tungku Herba
  • Pencuci Wanita

Yang penting, semua produk Jamu Mak Dara adalah lulus KKM dan selamat digunakan!

Semoga artikel ini sangat berguna untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top