Produk Kecantikan Yang Masih Diamalkan Pada Tahun 2023

produk kecantikan

Produk kecantikan telah berubah secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan inovasi dan trend baharu yang muncul sepanjang masa, tidak semua item produk kecantikan baharu mudah diikuti dan digunakan.

Percaya atau tidak, ada saja produk kecantikan dari zaman dahulu masih digunakan pada tahun 2023. Jom kita tengok!

Produk Kecantikan yang Masih Diamalkan

1. Jamu

Jamu, ubat tradisi yang sememangnya berasal dari Indonesia, merupakan ubatan herba yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti manjakani, temulawak dan sebagainya.

Pengamalan ini sudah berlangsung sejak beberapa dekad yang lalu. Ia sering digunakan untuk pelbagai kegunaan berkaitan kesihatan wanita.

Orang terdahulu mengamalkan untuk kecantikan dalaman seperti menguatkan rahim, menjaga berat badan, memberi tenaga dan lain-lain.

2. Lulur kopi

lulur kopi

Lulur kopi atau scrub kopi diperbuat dari hampas kopi.

Hampas kopi ini mempunyai tekstur kasar yang elok digunakan sebagai eksfoliator untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

Walau ia agak kasar, tapi lulur kopi tidak kasar untuk permukaan kulit badan.

Bahan-bahan seperti minyak, madu dan essential oil sering ditambah bersama-sama lulur kopi untuk melembabkan, menenangkan kulit dan memberi bau yang enak di kulit selepas memakainya.

Walaupun begitu, lulur kopi ini boleh dibuat sendiri di rumah, dan anda boleh variasikan mengikut kehendak anda sendiri.

3. Mandian herba

mandian herba

Tatkala penat selepas seharian bekerja, mandian herba sememangnya pilihan terbaik untuk de-stress.

Mandian herba bukan sahaja untuk ibu berpantang, tapi bagus juga untuk yang hendak membuang angin dalam badan dan mendapatkan seri.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan mandian ini selalunya menggunakan daun kunyit, lengkuas, halia, pandan, serai serta campuran herba-herba lain.

4. Bengkung

Bengkung sudah digunakan sejak  berdekad yang lalu dan sudah menjadi simbol tradisional masyarakat Melayu.

Bengkung ini juga sinonim dengan wanita selepas bersalin, iaitu ketika berpantang.

Secara asasnya, bengkung diperbuat daripada kain belacu dan diikat atau dililit di sekeliling pinggang untuk memperbaiki postur badan wanita.

Bengkung bukan sahaja elok untuk ibu berpantang, tetapi juga elok untuk yang sememangnya mahu nampak langsing atau curvy dengan segera.

5. Losyen panas

Losyen panas telah lama digunakan oleh masyarakat Malaysia sejak berabad lamanya untuk melegakan lenguh sendi dan otot.

Disebabkan oleh rasa panas setelah memakai losyen ini, rata-rata penggunanya akan berasa sedikit lega di bahagian yang dipakai.

Oleh itu, sehingga sekarang, ramai masih menggunakan kerana keberkesanannya yang cepat.

Selain untuk lenguh-lenguh badan, ramai juga memakainya untuk membakar lebihan lemak di sekitar tubuh badan yang diingini.

Kesimpulannya, walaupun kita sudah berada di tahunn 2023, masih ramai rakyat Malaysia masih menggunakan dan mengamalkan produk kecantikan yang terdahulu.

Oleh kerana kualiti dan juga keberkesanannya terbukti menjadi, yang tua mahupun yang muda masih dan berterusan mahu menggunakannya.

Pst pst, kalau nak tahu, Jamu Mak Dara ada semua produk ni tau!

Jadi, teruskan membaca!

Jamu Mak Dara, Produk Tradisi Malaysia Pilihan Ramai

jamu mak dara

1. Losyen Susut Mak Dara – Slimming Lotion

produk kecantikan

Losyen Susut Mak Dara dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti Minyak Kelapa Dara, Halia dan Bunga Matahari untuk kelembapan selepas sekali memakainya.

Untuk yang ingin mengurangkan bahagian badan yang berlemak, selulit, dan nak kulit lebih lembut dan segar – Losyen Susut Mak Dara adalah untuk anda.

Kehangatannya yang berpanjangan sangat mujarab, semua orang patut cuba!

2. Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara

Jamu Mak Dara Asli Kapsul digalakkan untuk diamalkan oleh wanita di semua peringkat umur.

Dengan kombinasi herba-herba dan campuran warisan kontemporari, dan teknologi saintifik,  khasiat jamu ini dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita.

Selain itu, Jamu Mak Dara Asli Kapsul boleh dijadikan makanan tambahan untuk mengatasi masalah dalaman wanita, seperti keputihan, haid tidak teratur, tidak bertenaga dan lain-lain.

3. Lulur Kopi – Coffee Scrub

produk kecantikan

Lulur kopi dari Jamu Mak Dara ini memberi ketenangan, kesegaran kepada tubuh serta melancarkan peredaran darah.

Si pemakai akan merasai perbezaanya dengan hanya sekali pakai, kulit akan terasa lebih anjal dan mulus kerana ia menanggalkan sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit gelap dan tidak bermaya.

Ia juga membantu kepada yang diluar sana yang mencari alternatif untuk mengurangkan selulit.

4. Bengkung Mak Dara Strap – Strap Slimming Belt

produk kecantikan

Jika dahulu bengkung dalam bentuk belacu, sekarang sudah ada dalam bentuk strap!

Lebih cepat, senang dan mudah; hanya tinggal untuk dilekat sahaja di sekeliling pinggul anda.

5. Bengkung Mak Dara Zip – Zip Slimming Belt

produk kecantikan

Jika anda lebih prefer rekaan bengkung tradisional tetapi masih praktikal, Bengkung Mak Dara Zip sesuai untuk anda.

Anda tidak perlukan pembantu untuk memakai bengkung ini, cukup kemaskan tali dan gunakan zip semasa pakai dan tanggalkan bengkung.

6. Rempah Mandi Mak Dara

produk kecantikan

Ibu berpantang yang sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya seharian menjaga bayi, Rempah Mandi Mak Dara sesuai untuk anda!

9 herba terpilih – daun Pandan, daun Serai, daun Sarsi dan lain-lain digunakan untuk menghasilkan mandian herba yang terbaik.

Selain menyegarkan badan, ia sesuai untuk membuang angin dan mengelak angin dari memasuki ke dalam tubuh badan.

Untuk pembelian, boleh terus ke website Jamu Mak Dara dengan klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top