Senarai Produk Kecantikan Yang Selamat Dari Jamu Mak Dara

Senarai Produk Kecantikan Yang Selamat

Tak perlu susah-susah mencari produk kecantikan, jom kami kongsikan senarai produk kecantikan yang selamat di salah satu jenama yang diyakini, iaitu Jamu Mak Dara.

Kenapa Perlu Pilih Jamu Mak Dara?

Produk Jamu Mak Dara, bukanlah sekadar produk tradisional tempatan.

Jamu Mak Dara adalah salah satu syarikat yang sentiasa menghidupkan simbol warisan tradisional Melayu yang semakin dilupakan oleh budaya moden kini.

Bukan itu sahaja, keistimewaan produk kami juga terletak pada aspek-aspek seperti:

1. Menggunakan bahan semula jadi

Ke semua produk Jamu Mak Dara diformulasikan dengan herba-herba semula jadi.

Ke semua herba yang dipilih adalah herba yang digunakan oleh orang terdahulu yang sangat menjaga pemakanan untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman.

2. Gabungan teknologi terkini

Tidak mudah untuk mengekalkan dan menghasilkan suplemen warisan tradisional yang begitu berkesan, terutamanya di Malaysia.

Oleh sebab itu, kami memberikan tumpuan untuk menghasilkan produk-produk turun temurun ini pada masa kini dengan penyelidikan saintifik dan teknologi terkini.

3.  Senang diguna

Ke semua produk kami dihasilkan untuk memudahkan pengguna senang menggunakan dan memakainya.

Sebagai contoh, jamu tradisional agak pahit dan susah untuk ditelan disebabkan oleh rasanya. Tapi dengan formulasi jamu dalam bentuk kapsul, hanya tinggal ditelan saja.

4. Halal

Selaras dengan kepercayaan Jamu Mak Dara yang hanya mahukan terbaik untuk pelanggan, ke semua produk Jamu Mak Dara menggunakan bahan-bahan HALAL.

Selain itu, produk-produk Jamu Mak Dara juga telah disahkan selamat untuk digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk Kecantikan Jamu Mak Dara

1. Lulur kopi – Coffee Scrub

lulur kopi

Lulur kopi Jamu Mak Dara, berbanding dengan lulur kopi biasa, diperbuat dari kopi Arabika untuk ketenangan berganda.

Dengan hanya sekali pakai sahaja, anda akan merasai ketenangan, kesegaran kepada tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Bukan itu sahaja, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada daki-daki degil. Kulit anda akan lebih cerah dan tekstur kulit lebih halus.

Cara penggunaan:

  1. Usapkan dan gosokkan lulur kopi pada seluruh tubuh dan rasai aromanya sehingga kulit terasa halus.
  2. Biarkan lulur kopi pada tubuh seketika agar aroma kopi menyerap ke seluruh tubuh.
  3. Bilas lulur kopi tersebut dengan air yang bersih.

2. Losyen Susut Mak Dara – Slimming Lotion

senarai produk kecantikan yang selamat

Losyen Susut Mak Dara, rahsia kecantikan Ibu Halimah (Mak Dara) yang diabadikan di dalam bentuk pati losyen urutan.

Losyen ini dirumuskan khas oleh Ibu Halimah dengan menggunakan bahan-bahan terpilih seperti Minyak Kelapa Dara dan bunga Matahari untuk kelembapan kulit sepanjang masa.

Ibu berpantang sangat digalakkan untuk memakai losyen Susut Mak Dara; kehangatan seusai pemakaian, anda akan rasai seakan-akan lemak dibakar.

Untuk yang sememangnya mendambakan tubuh badan langsing, gunalah losyen Susut Mak Dara.

3. Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara

Harga: RM59.00

Jamu Mak Dara Asli Kapsul, satu rumusan turun-temurun yang menggabungkan teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi.

Khasiat Jamu Mak Dara Asli Kapsul tidak dapat disangkal lagi – ia dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh.

Gabungan herba seperti Manjakani, Cabai Jawa, Helicteres Isora, Hippocratea Indica dan Biji Ketumbar adalah gabungan terbaik untuk kecantikan dalaman wanita.

Dengan amalkan 2 kapsul selepas sarapan dan 2 kapsul selepas makan malam selama sebulan, anda akan rasai perubahan.

Badan anda lebih sihat dan cergas.

4. Rempah Mandi Mak Dara

senarai produk kecantikan yang selamat

Harga: RM32.00

Rasa lesu semasa berpantang boleh menyebabkan ibu berasa lemah dan tidak bermaya seharian.

Hal ini kerana banyak tenaga telah dihabiskan semasa proses kelahiran si kecil.

Dengan Rempah Mandi Mak Dara, para ibu dapat membuang angin dan mengelakkan angin yang membuatkan tubuh badan sentiasa letih dan tak bermaya.

Bukan sahaja untuk ibu berpantang, anda yang juga mengalami keletihan boleh menggunakannya sebagai penyegar badan.

Cara penggunaan:

  1. Rebus rempah mandi dengan 1.5-liter air di dalam dalam satu periuk sehingga mendidih kemudian toskan.
  1. Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
  2. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
  3. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Kesimpulannya, ke semua produk Jamu Mak Dara menggunakan bahan-bahan atau herba-herba yang berkualiti tinggi dan disahkan HALAL.

Jamu Mak Dara hanya mengeluarkan produk-produk yang terbaik untuk pelanggan kerana Jamu Mak Dara percaya semua orang layak untuk sihat dan cantik luar dalam.

Oleh sebab itu, Jamu Mak Dara bekerja tanpa jemu untuk membina masa depan di mana semua dapat menikmati ubatan untuk kekal sihat sepanjang masa.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik butang di bawah untuk melayari website kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top